Spesifikasi Perkhidmatan Perlindungan Insurans Am dan Nyawa Berkelompok Untuk Pelatih PLKN 2009
SPESIFIKASI PERKHIDMATAN PERLINDUNGAN INSURANS AM DAN NYAWA
BERKELOMPOK UNTUK PELATIH PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA 2009
- Semua pelatih adalah tertakluk kepada tempoh perlindungan selama 3 bulan semasa menjalani PLKN (termasuk tempoh 72 jam sebelum memasuki Kem PLKN dan 72 jam selepas keluar daripada Kem PLKN)
- Perlindungan kematian biasa sebanyak RM 50,000.00
- Perlindungan kematian akibat kemalangan dan keilatan sebanyak RM 120,000.00
- Deskripsi Kecederaan keilatan kekal menyeluruh dan kecederaan separuh kekal.
Keilatan Kekal Kecederaan Separuh Kekal - Hilang kedua-dua deria penglihatan.
- Hilang kedua-dua tangan dari pergelangan tangan ke atas.
- Hilang kedua-dua kaki dari buku lali ke atas.
- Hilang satu tangan dari pergelangan tangan ke atas dan hilang sebelah mata.
- Hilang satu kaki dari buku lali ke atas dan hilang sebelah mata.
- Hilang satu tangan dari pergelangan tangan ke atas dan hilang satu kaki dari buku lali ke atas.
- Pelan Perlindungan Komprehensif Kemalangan dan penyakit.(Continental Scale)
- Disebabkan serangan virus/ kuman/kemalangan.
- Kelumpuhan
- Patah tangan,patah kaki,patah jari.
- Patah tulangg belakang.
- Terseliuh yang menyebabkan perubahan ke atas bentuk asal anggota badan berkenaan.
- Patah gigi/tulang rahang/dagu serta berkaitan (implant).
- Kos membeli dan membekal implant jika perlu.
- Sebarang perbelanjaan yang disebabkan oleh emosi,sakit mental dan gangguan psikiatri.
- Elaun cuti sakit RM 50.00 sehari maksimum RM 1,500.00 (Disokong oleh Sijil Cuti Sakit oleh Hospital Kerajaan).
- Bayaran pembedahan / rawatan segera atau kecemasan di Hospital Kerajaan yang melibatkan kos yang pelu dibayar – maksimum RM 15,000.00
- Kos penjagaan ibubapa atau penjaga semasa di Hospital Kerajaan sebanyak RM 50.00 sehari,maksimum enam puluh (60) hari.
- Kos perjalanan (pergi balik) bagi seorang ibubapa atau penjaga melebihi 80 km termasuk tiket kapal terbang – maksimum RM 2,000.00
- Khairat Kematian biasa sebanyak RM 5,000.00 dan Khairat Kematian Kemalangan adalah sebanyak RM 8,000.00
- Semua kos rawatan / pembedahan di Hospotal Kerajaan – maksimum RM 15,000.00
- Elaun Wad harian (Hospital Kerajaan) sebanyak RM 40.00 sehari (maksimum 150 hari)
- Bayaran sehingga RM 1,000.00 mendapatkan post mortem / laporan perubatan daripada Hospital Kerajaan bagi tujuan tuntutan insurans.




