Piagam Pelanggan
Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti serta layanan pelanggan seperti berikut:
- Bersedia memberi layanan yang mesra kepada pelanggan di kaunter perkhidmatan tidak melebihi 30 minit.
- Mengeluarkan Notis Pemberitahuan Pelatih (NPP) sekurang-kurangnya enam (6) minggu sebelum pendaftaran pelatih.
- Menyampaikan kelulusan sementara bagi permohonan Pengecualian, Penangguhan dan Pembaharuan Penangguhan : Sebaik sahaja permohonan lengkap diterima di kaunter & tujuh (7) hari bagi permohonan secara bertulis.
- Membuat hebahan pusat berkumpul kemasukan dan menurunkan pelatih tujuh (7) hari sebelum pergerakan.
- Membayar khairat kematian dalam tempoh 24 jamdan pampasan insurans tidak melebihi tiga (3) minggu setelah menerima permohonan lengkap.
- Melahirkan remaja yang mempunyai sifat patriotik, sukarelawan, toleransi dan berkeperibadian murni.
- Memastikan prasarana di kem PLKN sentiasa dalam keadaan selamat dan selesa digunakan.
- Menjelaskan pembayaran bil dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan.
- Memastikan respon kepada pertanyaan dan aduan pelanggan adalah cepat, tepat dan mesra dan menepati tempoh-tempoh berikut :
- Akuan penerimaan dalam masa tiga (3) hari
- Maklumbalas awal dalam tempoh empat belas (14) hari
- Laporan status aduan dalam masa dua (2) bulan




