AKTA LATIHAN KHIDMAT NEGARA 2003
Pendahuluan
-
Bagi maksud melaksanakan Program Khidmat Negara ini satu akta baru yang dinamakan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 telah digubal yang bertujuan untuk membolehkan pendaftaran dan kehadiran seseorang itu diwajibkan.
Pengisytiharan
-
Kewajipan bagi warga Malaysia mengikuti latihan ini tertakluk kepada pengisytiharan yang dibuat oleh Yang Di Pertuan Agong yang menetapkan had umur tertentu. Dalam akta ini had umur yang ditetapkan ialah bagi mereka yang berumur tidak kurang 16 tahun dan tidak melebihi 35 tahun yang diwajibkan mengikuti Program Khidmat Negara.
-
Akta ini juga memberi ruang pengecualian bagi sebab-sebab tertentu. Bagi maksud pengecualian dari mengikuti latihan ini, Menteri melalui warta boleh mengecualikan seseorang atau kategori seseorang daripada pelaksanaan akta ini.
Majlis Latihan Khidmat Negara
-
Majlis Latihan Khidmat Negara ini akan melaksanakan fungsinya sebagaimana yang dianugerahkan oleh akta dan bertanggungjawab untuk menasihatkan Menteri dalam semua perkara berhubung Latihan Khidmat Negara. Menteri juga dari masa ke semasa akan memberi arahan dan menjadi tanggungjawab Majlis untuk mematuhinya.
- Ahli-ahli Majlis ini dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong atas saranan Menteri.
a. Seorang Pengerusi.
b. Ahli tidak melebihi 10 orang iaitu 5 ahli mewakili kerajaan dan tidak kurang dari 3 atau tidak lebih dari 5
ahli mewakili kumpulan etnik utama di Malaysia.
c. Perlantikan ahli-ahli adalah untuk tiga tahun dan boleh dilantik semula.
Jabatan Latihan Khidmat Negara
-
Ketua Pengarah yang akan dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong atas saranan Menteri. Sementara itu bagi jawatan Timbalan Ketua Pengarah dan lain-lain pegawai adalah berada di bawah kuasa lantikan oleh Menteri.
Latihan Khidmat Negara dan Hukuman
-
Melalui akta ini Menteri diberi kuasa untuk mengeluarkan arahan yang menghendaki semua atau sebarang kategori peserta yang perlu menghadiri Latihan Khidmat Negara.
-
Akta ini memperuntukkan hukuman yang akan dikenakan ke atas seseorang yang telah dipanggil untuk latihan tetapi gagal menghadirkan diri. Sekiranya seseorang itu disabitkan kesalahan ia boleh didenda tidak lebih RM3000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya.
-
Seseorang yang melakukan kesalahan dengan meninggalkan latihan dan jika disabitkan kesalahan ianya boleh didenda tidak lebih RM3000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya.
-
Bagi seseorang yang menghasut, berhasrat menghasut, menyebabkan atau cuba menyebabkan seseorang untuk meninggalkan latihan tanpa cuti jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya.
Penangguhan Mengikuti Latihan
-
Menteri boleh membuat peraturan bagi membolehkan seseorang itu memohon penangguhan dari mengikuti latihan. Seseorang itu boleh memohon kepada pihak berkuasa satu sijil penangguhan tersebut. Manakala itu, sebarang rayuan untuk menangguhkan latihan hanya boleh diputuskan oleh Majlis Latihan Khidmat Negara.
Cuti Dari Pekerjaan
-
Bagi mengelakkan gangguan atau kehadiran peserta terhalang, maka akta ini menetapkan tanggungjawab majikan untuk membenarkan pekerjanya mengikuti Latihan Khidmat Negara. Pekerja terlibat akan menikmati semua gajinya dan lain-lain imbuhan atau cuti tahunan untuk tidak lebih 30 hari semasa mengikuti latihan.
-
Majikan yang secara langsung atau tidak langsung, enggan membenarkan cuti atau melanggar perkara di atas adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak kurang dua kali ganda bayaran atau imbuhan yang sepatutnya diterima oleh seseorang yang dipanggil untuk latihan atau penjara tidak lebih 2 bulan atau kedua-duanya.
Perlantikan Jurulatih
-
Menteri boleh melantik jurulatih-jurulatih yang terdiri dari pegawai awam atau pegawai badan berkanun dan mana-mana individu untuk menjadi jurulatih. Jangkamasa dan syarat perkhidmatan jurulatih akan ditentukan oleh Menteri. Adalah menjadi tanggungjawab bagi seseorang itu untuk mematuhi arahan Menteri untuk menjadi jurulatih dan sebarang keingkaran akan disabit kesalahan dan boleh dihukum.
Pelbagai
-
Seseorang adalah dianggap melakukan kesalahan dengan kerana menyebabkan kecederaan atau mengenakan dadah ke atas seseorang untuk menjadi tidak upaya dari mengikuti latihan. Ini termasuk membuat kenyataan palsu mengenai kesihatan seseorang. Begitu juga dengan seseorang yang mencederakan dirinya atau mengenakan dadah ke atas dirinya untuk tidak mahu mengikuti latihan juga melakukan kesalahan. Seseorang yang disabit kesalahannya boleh dipenjara untuk selama tidak melebihi 10 tahun.
-
Seseorang yang memberi kenyataan palsu atau mempunyai dokumen menyerupai dengan niat menipu melakukan kesalahan dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.
-
Seseorang yang menghasut seseorang untuk mengelak dari mengikuti latihan atau menghasut seseorang untuk menentang latihan melakukan kesalahan dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.
-
Seseorang yang disabitkan atas kesalahan cuba melakukan atau membantu melakukan sebarang kesalahan di bawah boleh dikenakan hukuman di bawah akta ini.
-
Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah akta ini yang mana tiada denda disebut secara jelas hendaklah atas sabitan kesalahan didenda tidak lebih RM1000 atau penjara tidak lebih 3 bulan atau kedua-duanya.
-
Yang Di Pertuan Agong boleh membuat peraturan untuk menjelaskan sebarang perkara di bawah Akta ini untuk melaksanakan dengan berkesan perkara-perkara Akta ini.
Naik ke atas
P.U. (A) 445.
PROKLAMASI
OLEH SERI PADUKA BAGINDA YANG
DI-PERTUAN AGONG,
DENGAN KURNIA ALLAH, KETUA UTAMA NEGARA
BAGI NEGERI-NEGERI DAN WILAYAH-WILAYAH
MALAYSIA
TUANKU SYED SIRAJUDDIN PUTRA JAMALULLAIL
Yang di-Pertuan Agong
BAHAWASANYA seksyen 3 Akta Latihan Khidmat Negara 2003 [Akta 628], memperuntukkan bahawa BETA boleh dari semasa ke semasa, melalui proklamasi, mengarahkan bahawa, melainkan jika Akta itu memperuntukkan selainnya, tiap-tiap orang yang-
| (a) |
pada tarikh proklamasi ini, telah mencapai umur yang ditentukan dalam proklamasi ini, yang tidak kurang daripada enam belas tahun, tetapi belum mencapai umur yang ditentukan dalam proklamasi ini, yang tidak lebih daripada tiga puluh lima tahun; dan
|
| (b) |
merupakan warganegara atau pemastautin tetap di Malaysia, |
hendaklah bertanggungan untuk menjalani Latihan Khidmat Negara di bawah Akta itu.
MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, BETA, TUANKU SYED SIRAJUDDIN PUTRA JAMALULLAIL , dengan Kurnia Allah, Yang di-Pertuan Agong bagi Negeri-Negeri dan Wilayah-Wilayah Malaysia, pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada BETA sebagaimana yang tersebut di atas, membuat proklamasi yang berikut:
"Semua warganegara Malaysia yang, pada tarikh proklamasi ini, telah mencapai umur enam belas tahun dan sebelas bulan tetapi belum mencapai umur lapan belas tahun diarahkan hendaklah bertanggungan untuk menjalani latihan khidmat negara di bawah Akta Latihan Khidmat Negara 2003.".
DIPERBUAT di Istana Negara Beta di Kuala Lumpur, Ibu Kota Persekutuan, pada satu hari bulan Disember, dua ribu tiga.
[KP/JLKN/(UPKN)(R)17/847/39; PN(PU2)635]
Dengan Titah Perintah Baginda
DATO' SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJl ABDUL RAZAK
Menteri Pertahanan
Naik ke atas
P.U. (A) 446.
AKTA LATIHAN KHIDMAT NEGARA 2003
PERINTAH LATIHAN KHIDMAT NEGARA (ORANG YANG DIKEHENDAKI
MENJALANI LATIHAN KHIDMAT NEGARA) 2003
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 16 Akta Latihan Khidmat Negara 2003 [ Akta 628 ], Menteri membuat perintah yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa
| 1. |
(1) |
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Latihan Khidmat Negara (Orang Yang Dikehendaki Menjalani Latihan Khidmat Negara) 2003.
|
|
(2) |
Perintah ini mula berkuat kuasa pada 8 Disember 2003. |
Orang Yang Dikehendaki Menjalani Latihan Khidmat Negara
| 2. |
Orang yang bertanggungan untuk menjalani Latihan Khidmat Negara oleh sebab proklamasi yang dibuat di bawah seksyen 3 Akta, yang dilahirkan dalam tabun 1986 dan telah dipilih melalui sistem pemilihan komputer dikehendaki untuk menjalani Latihan Khidmat Negara. |
Dibuat 4 Disember 2003
[KP/JKLN(UPKN)(R)17/847; PN(PU2)635]
DATO' SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
Menteri Pertahanan
Naik ke atas
P .U. (B) 355.
AKTA LATIHAN KHIDMAT NEGARA 2003
PEMBERITAHUAN PENGECUALIAN DI BAWAH SUBSEKSYEN 4(1)
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 4(1) Akta Latihan Khidmat Negara 2003 [ Akta 628 ], Menteri mengecualikan kategori orang yang dinyatakan dalam Jadual daripada kuat kuasa Akta.
JADUAL
- Orang bercelaru mental di bawah Ordinan Kecelaruan Mental 1952 [ Ord. 31/1952 ], pesakit mental di bawah Ordinan Kesihatan Mental (Sarawak) 1961 [ Ord. Sarawak 16/1961 ] atau orang gila di bawah Ordinan Orang Gila (Sabah) 1951 [ Bab 74 Sabah ].
- Orang yang telah diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan mengalarni kecacatan fizikal yang menyebabkan dia tidak berupaya menjalani latihan khidmat negara.
- Orang yang menjalani hukuman pemenjaraan.
- Orang yang menjalani tahanan di bawah mana-mana undang-undang yang pada masa ini berkuat kuasa yang berhubungan dengan tahanan pencegahan.
- Orang yang menjalani rawatan dan pemulihan atau yang menjalani jagaan lanjutan di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 [ Akta 283 ].
- Orang yang menjalani tahanan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [ Akta 612 ].
- Orang yang telah diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan menghidapi penyakit yang boleh membawa maut.
- Orang yang telah diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan menghidapi penyakit berjangkit di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [ Akta 342 ].
Bertarikh 22 November 2003
[KP/JLKN(UPKN)(R)17/847/39; PN(PU2)635]
DATO' SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
Menteri Pertahanan
Naik ke atas
AKTA LATIHAN KHIDMAT NEGARA 2003
PEMBERITAHUAN BENTUK, TEMPAT DAN JANGKA MASA LATIHAN KHIDMAT NEGARA 2003
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 17(1) Akta Latihan Khidmat Negara 2003 [Akta 628], Majlis Latihan Khidmat Negara telah menentukan bahawa latihan khidmat negara bagi orang yang terlibat dengan Perintah Latihan Khidmat Negara (Orang Yang Dikehendaki Menjalani Latihan Khidmat Negara) 2003 [P.U(A) 446/2003] hendaklah dalam bentuk sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan dijalankan di tempat sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dan latihan itu tidak melebihi sembilan puluh hari.
Jadual Pertama
Bentuk Latihan
Modul Fizikal
Modul Kenegaraan
Modul Pembinaan Karakter
Modul Khidmat Komuniti
Jadual Kedua
Tempat Latihan
Kem Tasik Meranti, Wang Kelian, Perlis
Kem Tasoh, Beseri, Perlis
Beringin Beach Resort, Langkawi, Kedah
Kem Rimba Taqwa, Sik, Kedah
Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah
Damai Park Resort, Merbok, Kedah
Kem Rekreasi Belia Baling, Baling, Kedah
Kem Sintok UUM, Sintok, Kedah
Kem Sri Impian, Sungai Bakap, Pulau Pinang
Pusat Khidmat Negara Kg. Baharu (L) Air Tawar, Manjung, Perak
Teluk Rubiah Manjung, Sri Manjung, Perak
Kem Kepimpinan Segari, Lumut, Perak
Kem Bina Semangat, Kuala Kubu Bharu, Selangor
Sg. Lui An-Najwa Adventure Camp, Hulu Langat, Selangor
Kem Rekreasi Debana, Jempol, N. Sembilan
Kem Ulu Pari, Bukit Gadong, Rembau, N. Sembilan
PDS Resort, Port Dickson, N. Sembilan
Kem Warisan, Masjid Tanah, Melaka
Kem Tanjung Tuan, Tanjung Tuan, Melaka
Hutan Rekreasi Air Keroh, Air Keroh, Melaka
Kem Lagenda Gunung Ledang Asahan, Jasin, Melaka
Pusat Bina Semangat, Mersing, Johor
Kem Rekreasi Pertanian Teluk Sari, Mersing, Johor
Kem Nasuha Ladang Rempah Ratus Herba, Pagoh, Johor
Benum Hill Resort, Mukim Gali, Raub, Pahang
Pinggiran Pelangi, Bandar Muazam Shah, Pahang
Summer Set Resort, Kuala Rompin, Pahang
Lake Chini Resort, Bandar Dara, Chini, Pekan, Pahang
Agro Resort Sungai Semuji, Gambang, Pahang
Suria Resort, Setiu, Terengganu
Peladang Setiu Agro Resort, Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu
Kisana Beach Resort, Pasir Puteh, Kelantan
Kem Latihan Etnobotani, Gua Musang, Kelantan
Bukit Seban Resort, Betong, Sarawak
Kem Miri, Miri, Sarawak
Junaco Park, Sibu, Sarawak
Similajau National Park, Bintulu, Sarawak
Kem Wawasan, Papar, Sabah
Kem Tanaki, Tambunan, Kota Kinabalu, Sabah
Kem San Shui, Tawau, Sabah
Pusat Ko-Kurikulum JPN Kem Tangok, Tangok, Bachok, Kelantan
Pusat Ko-Kurikulum JPN Kem Kuala Berang, Kuala Berang, Terengganu
Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan, Sarawak
Universiti Teknologi Mara, Kota Samarahan, Sarawak
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor
Universiti Teknologi Mara, Segamat, Johor
Universiti Teknologi Mara, Alor Gajah, Melaka
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor
Universiti Malaya, Lembah Pantai, Kuala Lumpur
Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, Selangor
Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor
Universiti Teknologi Mara, Tronoh, Perak
Universiti Teknologi Mara, Jengka, Pahang
Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia, Kuantan, Pahang
Universiti Teknologi Mara, Dungun, Terengganu
Universiti Teknologi Mara, Machang, Kelantan
Universiti Sains Malaysia, Minden, Pulau Pinang
Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah
Universiti Teknologi Mara, Sg. Petani, Kedah
Universiti Teknologi Mara, Arau, Perlis
Kolej Bersatu Sarawak, Sibu, Sarawak
Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah
Bertarikh 2003
[KP/ JLKN(UPKN)(R)17/847;PN(PU2)635]
Kol. Prof. Dato' Dr. Ahmad Fawzi bin Mohd Basri
Pengerusi
Majlis Latihan Khidmat Negara
Naik ke atas
Latihan Khidmat Negara
BAHAGIAN VIII
PELANTIKAN JUR.ULATIH
Kuasa Menteri untuk melantik jurulatih
| 25. |
(1) |
Seseorang pegawai awam atau seseorang pegawai atau pekhidmat sesuatu badan berkanun, atau mana-mana orang lain boleh pada bila-bila masa disampaikan kepadanya notis oleh atau bagi pihak Menteri supaya berkhidmat sebagai jurulatih atas sifat, di tempat dan pada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.
|
|
(2) |
Seseorang yang kepadanya disampaikan notis di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi notis itu dan jika dia tidak berbuat demikian dia melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
|
|
(3) |
Jika notis di bawah subseksyen (1) telah diserahkan kepada mana-mana orang itu, Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan notis itu dan, jika difikirkannya patut, menyebabkan supaya notis selanjutnya disampaikan kepada orang itu di bawah subseksyen (1) |
Tempoh dan terma perkhidmatan jurulatih
| 26. |
(1) |
Seseorang yang bertanggungan untuk berkhidmat sebagai jurulatih menurut notis yang dikeluarkan di bawah seksyen 25 hendaklah berkhidmat sebagai jurulatih sedemikian atas sifat dan di tempat dan pada tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa mengikut budi bicaranya, dan jika orang itu tidak berbuat demikian dia melakukan suatu kesalahan di bawah akta ini.
|
|
(2) |
Dalam tempoh seseorang pegawai awam atau pegawai atau pekhidmat sesuatu badan berkanun berkhidmat sebagai jurulatih dia hendaklah terus menerima saraan sebagal pegawai awam atau pegawai atau pekhidmat badan berkanun itu.
|
|
(3) |
Kerajaan boleh membuat perkiraan dengan Kerajaan sesuatu Negeri atau sesuatu badan berkanun berhubung dengan perkhidmatan seseorang pegawai awam dalam perkhidmatan awam Negeri itu atau seseorang pegawai atau pekhidmat badan berkanun itu sebagai jurulatih di bawah Akta. ini, termasuk saraan yang kena dibayar kepada pegawai awam itu atau pegawai atau pekhidmat badan berkanun itu. |
|
 |
(4) |
Jika seseorang yang bukan pegawai awam atau pegawai atau pekhidmat sesuatu badan berkanun rnenjadi bertanggungan untuk berkhidrnat sebagai jurulatih menurut notis di bawah seksyen 25 bekerja, peruntukan seksyen 24 hendaklah terpakai berhubung dengan pekerjaannya.
|
|
(5) |
Walau apa- pun subseksyen (4), Kerajaan boleh rnembuat perkiraan dengan majikan orang yang disebut daIam subseksyen itu berhubung dengan penggajian orang itu, termasuk perkara berkaitan dengan saraan yang boleh dibayar kepada orang itu.
|
Akta 628 Seksyen 18 Tidak menghadiri Latihan Khidmat Negara
| 18. |
(1) |
Mana-mana orang yang tidak menghadirkan dirinya bagi latihan khidmat negara seperti yang dikehendaki supaya dibuat olehnya menurut kuasa pemberitahuan yang dikeluarkan oleh Majlis di bawah subseksyen 17(2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
|
|
(2) |
Apa-apa dapatan bersalah di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan mana-mana orang tidaklah melepaskannya daripada tanggungan untuk menjalani latihan khidmat negara. |
|