|
BIL 01/08
‘FLYING SQUAD’ JLKN TELAH BEROPERASI
Sukacita saya umumkan bahawa ‘flying squad’ JLKN telahpun
beroperasi dengan diketuai oleh seorang pegawai tentera berpangkat
kolonel dan 2 ahli yang lain. Segala aduan oleh pelatih-pelatih di
kem-kem PLKN boleh dibuat melalui 3 talian terus kepada pasukan
‘flying squad’ ini. Bagi tujuan ini sebuah bilik gerakan yang
beroperasi 24 jam dan dipantau oleh 4 petugas telah dibuka di JLKN.
Nombor-nombor talian terus telahpun dipamerkan di seluruh kem PLKN di
tempat-tempat berikut:
1.
Dewan makan
2.
Bilik rehat wira dan wirawati
3.
Papan kenyataan
4.
Bilik penginapan
Dengan adanya talian ini segala aduan akan diambil tindakan secara terus
dan lebih cepat. Saya ingin memaklumkan bahawa panggilan untuk
‘flying squad’ ini hanya boleh dibuat oleh pelatih-pelatih dari
kem-kem PLKN sahaja. Ini adalah bertujuan supaya para pelatih dapat
memanfaatkan talian tersebut sebaik mungkin.
Dikeluarkan Oleh:
Abdul Hadi bin Awang
Kechil
Ketua Pengarah
Jabatan Latihan Khidmat
Negara
Kementerian Pertahanan
Malaysia
Tarikh : 04 Januari 2008
|