Direktori
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan
Pautan Berkaitan...

BICARA KETUA PENGARAH

Dato' Hj. Abdul Hadi Bin Awang Kechil

KETUA PENGARAH

   Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan salam sejahtera dan terima kasih kerana tuan-tuan dan puan-puan telahpun melayari laman web Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahanan.

    JLKN adalah merupakan sebuah jabatan yang baru ditubuhkan sejak Oktober 2003 yang lalu. Tujuan utama wujudnya jabatan ini adalah untuk menguruskan perjalanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagaimana yang telah diamanahkan oleh kerajaan kepada jabatan.Menerusi laman web ini juga tuan-tuan dan puan-puan boleh melayari dan mencari senarai-senarai nama-nama dan status peserta yang terlibat dengan PLKN bagi tahun tertentu dan juga penempatan seseorang peserta yang terlibat.Sebagaiamana tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, objektif PLKN adalah untuk membentuk sebuah masyarakat yang aman, harmoni dan bersatu padu tanpa mengira keturunan dan agama masing-masing menerusi pendekatan iaitu meningkatkan semangat patriotisme di antara kaum serta integrasi nasional, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni dan juga menyemarakkan lagi semangat kesukarelaan di kalangan masyarakat.  
  
    Dengan ini juga saya mengambil kesempatan menyeru kepada orang ramai terutama ibubapa, pihak sekolah dan juga semua lapisan masyarakat untuk memberikan sokongan kepada anak-anak mereka yang terlibat dengan PLKN supaya hadir melaporkan diri apabila menerima notis panggilan untuk menjalani PLKN. Mereka tidak perlu bimbang tentang keselesaan dan keselamatan anak-anak mereka semasa berada di kem-kem latihan khidmat negara kerana pihak jabatan telahpun mengambil tindakan dengan menaiktarafkan prasarana di kem-kem demi keselesaan semua para pelatih kita.

    Selain daripada maklumat di dalam laman web ini juga turut menyediakan pelan lokasi kem-kem PLKN seluruh negara dan ini lebih memudahkan para ibu bapa serta penjaga mengetahui dengan jelas di mana anak-anak mereka berada semasa menjalani latihan di kem-kem khdmat negara.

    Akhir kata saya berharap agar semua pihak dapat melayari laman web JLKN ini bagi memudahkan mereka mendapatkan maklumat dan menfaat daripadanya.

|Utama|Latar Belakang|Bicara KP|Bahagian/Unit|Carta Organisasi| Keratan Akhbar|Kenyataan Akhbar|Galeri| PLKN|

JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA
KEMENTERIAN PERTAHANAN
ARAS 8-10 MENARA TH SELBORN
153 JALAN TUN RAZAK
50400 KUALA LUMPUR
DIBANGUNKAN OLEH
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT JLKN™
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2006 JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA
TEL: 03-26873400  FAKS: 03-26873434


PENAFIAN: Jabatan Latihan Khidmat Negara tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.