Laman Utama
Mengenai PLKN
Objektif
Peserta
Borang
Senarai Kem
Modul Latihan
PENGUMUMAN
TARIKH PROGRAM

Progam Latihan Khidmat Negara kumpulan 1 siri 4 bagi tahun 2007
pada 1 Januari - 11 Mac 2007

Progam Latihan Khidmat Negara kumpulan 2 siri 4 bagi tahun 2007
pada 18 Mac - 9 Jun 2007

Progam Latihan Khidmat Negara kumpulan 3 siri 4 bagi tahun 2007
pada 17 Jun- 8 September 2007

Semakan Senarai Pelatih Bagi Siri 4/2007


                                           version 1.3

Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi Jabatan Latihan Khidmat Negara
HANTAR EMAIL KEPADA KAMI
maria@khidmatnegara.gov.my
No Tel :  03-26873410
                03-26873423
                03-26873424
                03-26873425
                03-26813446
                03-26815760
                03-26812476
                03-26818543
                03-26819070

ARAHAN DAN PERATURAN TETAP PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

1. PENDAHULUAN

1.1 Peraturan-peraturan di dalam buku ini wajib dipatuhi oleh setiap orang peserta pada setiap masa sepanjang mereka menjalani Latihan Khidmat Negara.

1.2 Peraturan-peraturan dan arahan-arahan tambahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa juga wajib dipatuhi oleh setiap orang peserta di sepanjang program dijalankan.

1.3 Peraturan-peraturan ini digunapakai semasa berada di semua tempat latihan (tapak perkhemahan, IPTA/kolej swasta/kompleks sukan dan juga semasa mengikuti aktiviti luar yang termasuk dalam kurikulum Program Latihan Khidmat Negara).

2. TEMPAT PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA DIJALANKAN

2.1 Setiap peserta diwajibkan berada ditempat latihan yang ditetapkan sepanjang latihan dijalankan.

2.2 Setiap peserta tidak dibenarkan keluar dari tempat latihan kecuali setelah mendapat kebenaran daripada pihak Urus setia.

3. PELANTIKAN PENGARAH KEM

3.1 Setiap kem adalah di bawah arahan Pengarah Kem. Sebuah urus setia ditubuhkan untuk membantu Pengarah Kem dalam urusan latihan , pentadbiran, logistik, kesihatan dan lain-lain.

4. URUS SETIA PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

4.1 Setiap peserta wajib mematuhi arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh Pengarah Kem di sepanjang program berlangsung.

4.2 Pengarah/Urus setia Kem adalah terdiri daripada Pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan, Institut Kepimpinan Wawasan (IKW) dan wakil yang dilantik oleh kedua-dua pihak tersebut.

4.3 Setiap peserta digalakkan berurusan dengan urus setia melalui ketua kumpulan masing-masing supaya lebih cekap dan berkesan.

4.4 Setiap peserta hendaklah memanggil urus setia lelaki 'Encik' dan perempuan 'Cik' atau 'Puan'

4.5 Urus setia memakai tanda nama masing-masing semasa mereka bertugas di pejabat dan di lapangan

5. ADAB DAN SOPAN SEPANJANG PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)

5.1 Setiap peserta hendaklah menjaga kesopanan dan kesusilaan di sepanjang program berjalan sama ada dalam pusat latihan atau semasa latihan di luar (kerja lapangan).

5.2 Setiap peserta hendaklah sentiasa menjaga sensitiviti kaum dan tidak menggunakan bahasa (lisan atau bukan lisan) yang boleh menimbulkan perasaan kurang senang pada peserta lain. (Rujuk lampiran - Budaya Lain)

5.3 Setiap peserta hendaklah sentiasa saling hormat menghormati antara satu sama lain dengan pihak urus setia, jurulatih dan individu lain yang terlibat di dalam program latihan ini. (orang kampung, kakitangan awam dan lain-lain)

5.4 Setiap peserta lelaki hendaklah memastikan rambut mereka digunting ala 'gentlemen cut'.

6. KESELAMATAN / KECEMASAN

6.1 Keselamatan di sepanjang Program Latihan Khidmat Negara adalah di bawah tanggungjawab pihak urus setia latihan dan para peserta sendiri.

6.2 Setiap peserta mesti memakai dan mempamerkan tanda nama masing-masing sepanjang program dijalankan .

6.3 Pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tempat latihan atau berjumpa dengan peserta kecuali setelah mendapat kebenaran dari pihak urus setia.

6.4 Ibu bapa boleh melawat peserta pada hujung minggu sahaja tertakluk kepada kebenaran urus setia

6.5 Sebarang insiden atau kecemasan hendaklah dilaporkan serta merta kepada urus setia atau mana-mana pegawai yang ada.

6.6 Apabila terdengar bunyi siren kecemasan tanpa henti, semua peserta hendaklah berkumpul di tempat yang diarahkan oleh urus setia.

6.7 Setiap peserta mestilah mematuhi arahan-arahan keselamatan dari pegawai-pegawai bertugas.

6.8 Semasa bergerak di sebelah malam, setiap orang peserta mesti bergerak secara berkumpulan, sekurang-kurangnya tiga orang.

6.9 Setiap peserta tidak digalakkan membawa atau memakai barangan kemas.

7. PERATURAN BERPAKAIAN

7.1 Setiap peserta hendaklah sentiasa memakai pakaian yang disediakan khusus untuk sesuatu modul yang ditetapkan (modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti

7.2 Setiap peserta hendaklah memakai pakaian yang bersih, dan kemas.

7.3 Setiap peserta hendaklah memakai pakaian yang bersopan dan tidak menjolok mata semasa tidak memakai pakaian yang diwajibkan dalam latihan.

7.4 Bagi peserta yang beragama Islam, mereka mestilah memakai pakaian yang menutup aurat semasa berada di surau atau di masjid untuk sembahyang Jumaat.

8. PENGLIBATAN DALAM SEMUA MODUL

8.1 Setiap peserta wajib menghadiri dan mengambil bahagian di dalam semua aktiviti yang ditetapkan dalam Program Latihan Khidmat Negara.

8.2 Setiap peserta yang gagal menghadiri dan mengambil bahagian di dalam semua aktiviti yang ditetapkan didalam program ini boleh dikenakan tindakan disiplin.

8.3 Mana-mana peserta yang mengalami sebarang masalah kesihatan yang boleh menjejaskan penglibatannya dalam program ini hendaklah memaklumkan kepada pihak urus setia dengan segera.

8.4 Setiap peserta mestilah berada di tempat atau lokasi latihan sekurang-kurangnya 10 minit sebelum latihan bermula.

8.5 Setiap peserta mestilah mematuhi arahan yang diberikan oleh seseorang jurulatih di dalam semua modul (fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter, khidmat komuniti).

8.6 Semua peserta hendaklah bergerak secara berkumpulan, di sepanjang program dijalankan.

8.7 Semua aktiviti latihan dijalankan dibawah pengawasan jurulatih.

9. PERATURAN KEBERSIHAN  

9.1 Kawasan di Dalam Bilik Tidur

9.1.1 Tempat tidur mestilah sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur.

9.1.2 Tilam mestilah sentiasa dialas dengan kain cadar dan bantal disarungkan dengan sarung bantal (di IPTA).

9.1.3 Kedudukan katil mestilah lurus dan tersusun dengan katil- katil lain.

9.1.4 Di bahagian bawah katil hanya dibenar meletakkan kasut/beg yang sederhana besar.

9.1.5 Barang-barang peserta tidak dibenarkan disidai/sangkut di dalam kawasan bilik (IPTA).

9.1.6 Keadaan bilik mestilah bersih dan kemas (IPTA).

9.1.7 Semua barang yang tidak digunakan hendaklah disimpan di dalam almari yang disediakan atau disidai di luar asrama / kem/ tempat yang ditetapkan sahaja.

9.1.8 Bilik akan diperiksa dari masa ke semasa oleh pihak urus setia.

9.2 Kawasan Bilik Mandi dan Tandas

9.2.1 Bilik mandi dan tandas hendaklah sentiasa bersih.

9.2.2 Sabun, ubat gigi dan berus gigi milik persendirian hendaklah disimpan dengan baik.

9.2.3 Dilarang membuang tuala wanita atau apa-apa bahan yang boleh menyebabkan tandas tersumbat.

9.2.4 Kebersihan bilik mandi di kem adalah dibawah tanggungjawab peserta.

9.3 Kawasan Luar Bilik atau Khemah

9.3.1 Kawasan diluar bilik seperti longkang dan kaki lima mestilah sentiasa bersih. Begitu juga di sekitar kawasan khemah

9.3.2 Dilarang membuang sampah di merata-rata tempat, sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

9.3.3 Dilarang memijak rumput (jika terdapat arahan melarang) dan gunakan laluan yang telah disediakan.

9.4 Tempat Sembahyang

9.4.1 Tempat sembahyang mestilah sentiasa bersih

9.4.2 Adalah dilarang sama sekali menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan agama dan yang boleh mencemarkan tempat sembahyang.

9.4.3 Tempat sembahyang boleh digunakan untuk tujuan latihan tetapi hendaklah mendapat kebenaran urus setia.

9.5 Dewan Ceramah

9.5.1 Semua peserta adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan dan susun atur kerusi dan meja di dalam dewan.

9.5.2 Penggunaan dewan ceramah mestilah dengan kebenaran urus setia.

9.6 Dewan Makan

9.6.1 Semua peserta adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan dan susun atur kerusi dan meja di dalam dewan makan.

9.6.2 Sisa-sisa makanan hendaklah dibuang ke tempat yang disediakan.

9.6.3 Peserta hendaklah mencuci tempat makan yang digunakan dan meletakkannya di tempat yang disediakan.

10. PENGGUNAAN AIR DAN ELEKTRIK

10.1 Lampu, kipas dan peralatan elektrik lain hendaklah sentiasa ditutup sebelum semua peserta meninggalkan bilik, khemah, dewan ceramah, dewan makan, bilik LDK dan surau.

10.2 Penggunaan peralatan elektrik hendaklah dengan kebenaran urus setia sahaja.

10.3 Penggunaan air dan elektrik yang boleh menjejaskan perjalanan program adalah dilarang sama sekali.

10.4 Elakkan pembaziran penggunaan air dan elektrik.

11. LARANGAN KEPADA PESERTA

11.1 Setiap peserta pada bila-bila masa dilarang melakukan perkara-perkara seperti berikut;

11.1.1 Melakukan apa-apa tindakan yang dianggap salah dari segi Undang-undang Negara, peraturan masyarakat dan agama (rujuk lampiran).

11.1.2 Peserta lelaki tidak boleh memakai subang, bertindik dan lain-lain yang seumpamanya.

11.1.3 Menghisap rokok di sepanjang program dijalankan.

11.1.4 Mengadakan perhimpunan tanpa mendapat kebenaran urus setia

11.1.5 Membawa, menyimpan dan mengguna sebarang senjata tajam atau senjata yang merbahaya.

11.1.6 Mengambil, mengguna, membawa, menyimpan atau mengedar sebarang jenis dadah yang dilarang, minuman keras dan bahan lucah.

11.1.7 Mengambil bahagian dalam semua jenis bentuk judi atau pertaruhan pada bila-bila masa.

11.1.8 Berada di kawasan penempatan peserta dari jantina yang berlainan (peserta lelaki tidak dibenarkan di dikawasan peserta perempuan dan sebaliknya).

11.1.9 Menyambung pendawaian letrik tanpa kebenaran urus setia.

11.1.10 Melakukan sebarang kerosakan ke atas harta benda, kemudahan awam, alam semulajadi dan lain-lain.

11.1.11 Berada di tempat lain selain dari tempat tidur sendiri apabila arahan lampu dipadam dikuatkuasakan.

11.1.12 Memberikan maklumat mengenai aktiviti latihan kepada media massa atau orang luar tanpa kebenaran urus setia.

11.1.13 Memasak sebarang jenis makanan di dalam bilik penginapan/kemah.

12. PANGGILAN KEPADA PESERTA DAN JURULATIH

12.1 Setiap peserta lelaki akan dipanggil WIRA dan setiap peserta perempuan dipanggil WIRAWATI.

12.2 Setiap peserta hendaklah memanggil Cikgu kepada setiap orang Jurulatih.

13. HAL-HAL LAIN

13.1 Mana-mana peserta dibenarkan membawa telefon bimbit masing-masing. Walau bagaimanapun, telefon bimbit hanya boleh digunakan di luar kem latihan sahaja.

13.2 Mana-mana peserta dibenarkan membawa makanan ringan kegemaran masing-masing dalam kuantiti yang sederhana.

13.3 Peaturan-peraturan dan arahan lain akan d i keluarkan dari masa ke se masa jika di fikirkan perlu.

14. JAWATAN KUASA DISIPLIN

14.1 Sebuah Jawatankuasa Displin ditubuhkan di setiap seksyen latihan, sebuah di kem atau pun di IPTA/ IPTS. Jawatan kuasa ini akan mengadili dan memutuskan apa-apa kes penyelenggaraan kepada arahan dan peraturan tetap ini oleh mana- mana orang peserta.

14.2 Hukuman yang dijatuhkan oleh Jawatan kuasa Disiplin adalah berdasarkan hukuman yang digubal dan diluluskan bersama oleh JLKN dengan pengarah kem atau JLKN dengan pengurus universtit / kolej swasta / kompleks sukan.

14.3 Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa diadili adalah muktamad.


Disediakan oleh:
Jabatan Latihan Khidmat Negara,
Kementerian Pertahanan.

| Laman Utama | Mengenai PLKN | Objektif | Peserta | Borang | Senarai Kem | Modul Latihan |

JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA
KEMENTERIAN PERTAHANAN
ARAS 8-10 MENARA TH SELBORN
153 JALAN TUN RAZAK
50400 KUALA LUMPUR
DIBANGUNKAN OLEH
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT JLKN™
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2006 JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA

PENAFIAN: Jabatan Latihan Khidmat Negara tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.


Tarikh Akhir Kemaskini: 27 November 2006