Berita Terkini


30 Julai 2018 – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah mengadakan Majlis Pelancaran Gotong-royong Perdana EKSA JLKN Bil.1/2018. Majlis dimulai dengan bacaan doa dan ucapan perasmian Pemangku Ketua Pengarah JLKN, Tuan Azlan bin Abdul Majid. Majlis diteruskan dengan Gimik Pelancaran Gotong-royong Perdana EKSA Bil.1/2018 dan Kempen "Say No To Plastic Bags" dan penyerahan simbolik gotong-royong EKSA kepada Ketua Zon EKSA, penyampaian hadiah kuiz gotong-royong dan cenderahati kepada pemangku Ketua Pengarah serta taklimat ringkas berkenaan pelaksanaan gotong-royong.

Seterusnya, perbarisan keluar zon EKSA ke tempat pembahagian gotong-royong ke kawasan parkir kenderaan Mindef 2, Bangunan Zetro dan gotong-royong Perdana EKSA mengikut zon dan kawasan gunasama bermula (dalam bangunan Zetro).

Pada sebelah petangnya, penyerahan set gotong-royong dari Ketua Zon/PIC kawasan gunasama kepada Jawatankuasa Promosi EKSA JLKN serta pengumuman Pertandingan Perbarisan Kontinjen Zon EKSA sempena Program Gotong-royong Perdana EKSA Bil.1/2018.

Kemaskini Terakhir: 07 Ogos 2018  Spacer | Spacer Hits: 224

Layout space



30 Julai 2018 – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil.06/2018 Kafetaria Bangunan Zetro. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Perkhidmatan Awam. Seterusnya tayangan multimedia bagi pencapaian JLKN bagi bulan Jun hingga Julai 2018 dan pegawai bertukar keluar dan masuk tahun 2018 bagi bulan Mei, Jun dan Julai.

Pemangku Ketua Pengarah JLKN, Tuan Azlan bin Abdul Majid telah memberikan ucapan seterusnya menyampaikan hadiah Mystery Shopping Soalan Kuiz anjuran Unit Integriti bagi bulan Mei, Jun dan Julai 2018 kepada para pemenang. Beliau juga turut meraikan sambutan ulang tahun kelahiran pegawai dan kakitangan Jabatan yang menyambut hari lahir pada bulan  Jun dan Julai 2018.
 
Kemaskini Terakhir: 07 Ogos 2018  Spacer | Spacer Hits: 199

Layout space




15 Mei 2018 – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil.4/2018 di Kafetaria Bangunan Zetro.

Perhimpuan Bulanan dimulakan dengan video montaj pencapaian JLKN bagi bulan April 2018,seterusnya Ketua Pengarah JLKN, YBhg Dato' Mohmed Asri bin Yusof telah memberikan ucapan.

Dato' KP turut menyampaikan hadiah Mystery Shopping Soalan Kuiz anjuran Unit Integriti bagi bulan April 2018 kepada para pemenang.

Beliau juga turut meraikan sambutan ulang tahun kelahiran pegawai dan kakitangan Jabatan yang menyambut hari lahir pada bulan April dan Mei 2018.

Kemaskini Terakhir: 08 Ogos 2018  Spacer | Spacer Hits: 258

Layout space

Senarai Berita

2018 © Hakcipta Terpelihara Jabatan Latihan Khidmat Negara
Paparan terbaik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.