FUNGSI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
1.Keutuhan Jabatan supaya kerenah birokrasi dapat dikurangkan .
2. Merancang dan melaksanakan usaha-usaha untuk melengkapkan JLKN dengan kemudahan infrastruktur, peralatan pejabat dan keselamatan yang sempurna disamping menyemai integriti antara pegawai dan kakitangan.
3. Merancang dan memberi perkhidmatan bantuan peralatan alat tulis, perabot, harta modal, dan penyimpanan akaun/stok kepada bahagian lain.
4. Merancang, mengawal dan menyelanggara rekod bayaran, utility jabatan seperti telefon, air, elektrik dan bacaan meter fotostat.
5. Mengawal, menyelenggara dan mengemaskini rekod keselamatan dan kebersihan pejabat serta menyediakan suasana persekitaran yang mesra pengguna dan jantina.
6. Merancang pelan pejabat dan memastikan agar ianya selamat diduduki dan bebas dari punca kemalangan.
7. Merancang dan mengurus semua urusan pentadbiran am pejabat selaras dengan peraturan am pejabat dan pekeliling/surat pekeliling berkaitan.
8. Merancang dan menguruskan tugas-tugas kesetiausahaan mesyuarat mengikut keperluan yang ditetapkan termasuk majlis rasmi kelolaan JLKN .
9. Menyelaras keperluan mesyuarat JKMKN .
10. Menrancang, menyelaras dan menyediakan jawapan kepada soalan-soalan jawab lisan/bertulis yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Parlimen .
11. Merancang, menyedia, menghantar dan menyelaraskan pengeluaran sijil penghargaan kepada penceramah PLKN. |