1.Membuat perancangan dan menyediakan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Jabatan.
2.Merancang dan menyelenggara pengurusan Buku Bot Belanja Mengurus JLKN.
3.Membuat perancangan menyelaras keperluan pelaksanaan sistem e-SPKB di JLKN.
4.Merancang, mengurus dan mengagihkan pembayaran elaun jurulatih dan elaun kakitangan sokongan di Kem (anggota paramedik, logistik, KAGAT dan unit disiplin) yang bertugas di setiap kem.
5.Menguruskan peruntukkan kewangan dan perbelanjaan JLKN agar mematuhi standard peraturan perakaunan dan diamalkan.
6.Memproses dan mengagihkan pembayaran elaun peserta kepada semua pelatih PLKN.
7.Menguruskan pembayaran gaji dan elaun kerja lebih masa kepada semua kakitangan Jabatan.
8.Memproses bayaran tuntutan perjalanan pegawai dan kakitangan JLKN, jurulatih dan kumpulan sokongan.
9.Merancang, menguruskan dan mengendalikan tempahan tiket kapal terbang bagi pelatih-pelatih PLKN dan kakitangan JLKN melalui waran Penerbangan Udara Awam.
10.Menguruskan tuntutan insurans yang dibuat oleh peserta dan jurulatih Khidmat Negara.
11.Membuat pembayaran dan menguruskan bil-bil semasa jabatan seperti bil air, elektrik, telefon dan sebagainya.
PENAFIAN: Jabatan Latihan Khidmat Negara tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.