FUNGSI BAHAGIAN SUMBER MANUSIA


1.Merancang, mengendalikan dan menyelaraskan hal-hal personel seperti urusan pengambilan, penempatan, pertukaran, pengesahan lantikan, pengesahan dalam jawatan, pemberian taraf berpencen dan persaraan para pegawai dan kakitangan JLKN.

2.Merancang dan mengendalikan latihan kerjaya dan kursus-kursus kemahiran kepada pegawai dan kakitangan untuk meningkatkan keyakinan diri serta mengurangkan ketegangan emosi pegawai dan kakitangan JLKN.

3.Menjaga kebajikan pegawai dan kakitangan tetap supaya prestasi kerja dapat ditingkatkan.

4.Merancang, menentukan dan memastikan kekosongan jawatan semua kekosongan jawatan semua peringkat dan mengemukakan cadangan/perakuan untuk proses pengisian kenaikan pangkat.

5.Merancang, menyediakan dan menyelaras laporan penilaian prestasi pegawai dan kakitangan Jabatan.

6.Merancang, mengkaji dan menyelaras keperluan perjawatan di ibu pejabat dan di kem-kem PLKN.

7.Merekod dan mengemaskini data semua pegawai dan kakitangan.

8.Merancang dan mengkaji cadangan-cadangan penyusunan semula struktur JLKN berdasarkan keperluan perjawatan dari semasa ke semasa.

9. Merancang, menyelaras dan menyelia proses pengisytiharan harta oleh pegawai dan kakitangan Jabatan.

10.Merancang, mengurus, memantau dan melaksanakan peperiksaan dan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) di bawah Sistem Saraan Malaysia bagi semua pegawai dan kakitangan JLKN.

|Utama|Latar Belakang|Bicara KP|Bahagian/Unit|Carta Organisasi| Keratan Akhbar|Kenyataan Akhbar|Galeri| PLKN|

JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA
KEMENTERIAN PERTAHANAN
ARAS 8-10 MENARA TH SELBORN
153 JALAN TUN RAZAK
50400 KUALA LUMPUR
DIBANGUNKAN OLEH
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT JLKN™
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2006 JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA
TEL: 03-26873400  FAKS: 03-26873434


PENAFIAN: Jabatan Latihan Khidmat Negara tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.

 

PENGUMUMAN
TARIKH PROGRAM

Progam Latihan Khidmat Negara kumpulan 1 siri 4 bagi tahun 2007
pada 1 Januari - 11 Mac 2007

Progam Latihan Khidmat Negara kumpulan 2 siri 4 bagi tahun 2007
pada 18 Mac - 9 Jun 2007

Progam Latihan Khidmat Negara kumpulan 3 siri 4 bagi tahun 2007
pada 17 Jun- 8 September 2007

Semakan Senarai Pelatih Bagi Siri 4/2007


                                           version 1.3