ELAUN PELATIH

Jumlah elaun yang layak diterima oleh setiap pelatih PLKN adalah RM200 dengan syarat pelatih berjaya menamatkan latihan selama tempoh yang ditetapkan.
 

Elaun pelatih PLKN dibayar 2 kali (2 x RM100) berdasarkan tempoh yang ditetapkan; 1 kali ketika pelatih masih berada di kem dan 1 kali setelah pelatih tamat latihan. Bayaran dibuat melalui akaun pelatih dan pelatih hendaklah mempunyai akaun aktif bagi bank yang telah dilantik oleh JLKN. Bank yang telah dilantik adalah Bank Simpanan Nasional. Oleh itu, pelatih yang akan menjalani PLKN hendaklah memastikan mempunyai akaun BSN yang aktif.
 

Pelatih PLKN dikenakan penalti sebanyak RM3 sehari sekiranya tidak menghadiri latihan.


Kemaskini Terakhir: 9 Januari 2018 Hits: 11421

2018 © Hakcipta Terpelihara Jabatan Latihan Khidmat Negara
Paparan terbaik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.