Dokumen/Borang NPP


Dalam Notis Pemberitahuan Pelatih (NPP), terdapat sebanyak 9 dokumen/borang yang disertakan kepada pelatih yang terpilih menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Dokumen/borang tersebut adalah seperti berikut:-

  1. Notis Pemberitahuan Pelatih
  2. Borang Pendaftaran Pelatih
  3. Borang Kebenaran Ibubapa / Penjaga
  4. Borang Perakuan Kesihatan Kemasukan Ke PLKN
  5. Garis Panduan Tatacara Pengendalian Pemeriksaan Perubatan Peserta PLKN Oleh Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan
  6. Borang Pemeriksaan Perubatan Calon PLKN
  7. Spesifikasi Perkhidmatan Perlindungan Insurans Am dan Nyawa Berkelompok Untuk Pelatih PLKN

Borang-Borang bagi urusan kemasukan


Bagi calon pelatih yang dapat mengikuti latihan, daripada 9 borang/ dokumen yang disertakan, pelatih perlu mengisi borang-borang seperti berikut sebelum melapor diri di kem-kem PLKN:-

  1. Borang Pendaftaran Pelatih
  2. Borang Kebenaran Ibubapa / Penjaga
  3. Borang Perakuan Kesihatan Kemasukan Ke PLKN

Penerangan dokumen/borang yang terdapat di dalam setiap Notis Pemberitahuan Pelatih (NPP)


 

BORANG KETERANGAN
1. Notis Pemberitahuan Pelatih NPP adalah merupakan Notis rasmi yang dikeluarkan kepada pelatih-pelatih PLKN yang terpilih untuk menjalani Latihan Khidmat Negara.
2. Borang Pendaftaran Pelatih Borang bagi tujuan mengisi maklumat peribadi pelatih dan perlu diserahkan di Kem Latihan pada hari pendaftaran.
3. Borang Kebenaran Ibu bapa /Penjaga Borang ini perlu ditandatangani oleh ibubapa/penjaga pelatih untuk membenarkan pelatih menjalani pemeriksaan perubatan atau menerima rawatan.
4. Borang Perakuan Kesihatan Kemasukan ke PLKN (K01) Borang ini merupakan perakuan status kesihatan terkini pelatih dan wajib diisi oleh semua pelatih. Jika pelatih tidak mempunyai masalah kesihatan yang nyata tidak perlu menjalani pemeriksaan perubatan.

 

Sekiranya terdapat aspek kesihatan yang kurang pasti statusnya atau pelatih sememangnya tidak sihat, dia perlu menjalani pemeriksaan perubatan di klinik kerajaan atau Rumah Sakit angkatan Tentera (RSAT) yang berhampiran dengan menggunakan Borang Pemeriksaan Perubatan.

5. Garis Panduan Tatacara Pengedalian Pemeriksaan Perubatan Peserta PLKN oleh Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan Garis panduan ini adalah maklumat  yang boleh dirujuk oleh pelatih dan doktor berkenaan dengan langkah-langkah yang perlu diambil dalam pemeriksaan perubatan.
6. Borang Pemeriksaan Perubatan (K02) Borang ini perlu dibawa bersama ketika menjalani pemeriksaan perubatan untuk disahkan status kesihatan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
7. Spesifikasi Perkhidmatan Perlindungan Insurans  Am dan Nyawa Berkelompok Untuk Pelatih PLKN  Maklumat ini adalah sebagai rujukan asas kepada pelatih-pelatih PLKN bahawa setiap pelatih akan dilindungi oleh Syarikat Insurans yang dilantik sebagaimana syarat-syarat yang telah ditetapkan.