Assalamualaikum w.b.t dan Salam Mesra,

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat melayari Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahanan yang baru sahaja melalui proses rebranding. Dengan adanya transformasi ini diharap ianya mampu menjadi perantara kepada orang ramai yang ingin berurusan dengan JLKN.

Sejajar dengan perkembangan dunia ICT yang semakin meluas di kalangan rakyat Malaysia, maklumat yang ingin disampaikan perlulah padat dan berinformasi. Untuk itu, JLKN telah menyediakan beberapa aplikasi yang boleh memberi khidmat secara online seperti semakan nama pelatih, sistem aduan dan muat turun borang. Beberapa aplikasi interaktif seperti video, kapsul dan lagu PLKN turut dimuatkan bagi menjadikan Laman Web ini lebih menarik dan interaktif.

Selain itu, Laman Web ini turut menyediakan pelan lokasi dan google map Kem-Kem PLKN di seluruh Negara bagi memudahkan para ibu bapa serta penjaga mengetahui dengan jelas di mana anak-anak mereka berada. Ibu bapa juga boleh melihat modul-modul, kemudahan-kemudahan, elemen-elemen latihan serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelatih PLKN di dalam kem.

Akhir kata, dengan adanya Laman Web ini diharapkan pelayar dapat memanfaatkannya sebaik mungkin. JLKN juga mengalu-alukan pandangan dan maklum balas yang membina untuk memantapkan lagi pengurusan maklumat dan kemudahan yang disediakan ini. Selamat melayari Laman Web JLKN. 

Y.Bhg. Dato’ Mohmed Asri bin Yusof

Ketua Pengarah, 

Jabatan Latihan Khidmat Negara