MODUL FIT4LIFE

Modul Fit4Life adalah merupakan sebuah modul yang direka bentuk bagi memperbaiki dan meningkatkan prestasi dan kualiti individu dalam aspek kesihatan, nutrisi dan kecergasan fizikal.  Modul ini terdiri daripada :

  • Latihan Kecergasan Pagi harian di mana para pelatih akan diberi pendedahan dan latihan teknik-teknik asas yang betul ketika melakukan aktiviti fizikal/senaman.  Pelatih juga akan mendapat pengalaman secara langsung dalam menentukan dan mereka bentuk program kecergasan individu dalam usaha meningkatkan prestasi aspek kekuatan, ketahanan dan ketangkasan.  Pelatih turut diberi panduan mengenai kepentingan pemakanan seimbang dan nutrisi.
  • Program Rekreasi/ Riadah pada waktu petang yang terdiri daripada aktiviti sukan seperti Bola Sepak dan Badminton.  Program riadah juga turut diisi dengan aktiviti-aktiviti yang berbentuk kerjasama dan memberi penekanan kepada semangat berpasukan.
  • Aktiviti pembelajaran melalui pengalaman yang mengandungi aktiviti-aktiviti outdoor yang menarik seperti aktiviti Elemen Tali Tinggi, Kembara Halangan, dan juga Kem Survival.  Di sini pelatih akan mengalami sendiri dan diajar secara praktikal berkenaan kemahiran dan teknik melakukan Flying Fox dan Abseiling, teknik melepasi laluan berhalangan, dan juga teknik asas dan kemahiran survival di dalam hutan/kawasan terpencil.  Pelatih juga turut diajar pergerakan dan bahasa hukuman asas Kawad Kaki bagi membolehkan pelatih melakukan aktiviti kawad kaki disamping memperolehi nilai-nilai murni yang diterapkan melalui kawad itu sendiri seperti disiplin, kerjasama sepasukan, keyakinan dan sebagainya.
  • Pembelajaran dalam kelas merangkumi komponen berhubung konsep pemilihan dan membuat keputusan oleh setiap individu terhadap aspek kesihatan dan kecergasan jasmani masing-masing.  Ianya bertujuan membantu pelatih memperolehi kemahiran asas dan berkeupayaan membuat keputusan dalam memilih gaya hidup dalam usaha  memastikan pilihan yang dibuat adalah betul dan terbaik bagi dirinya melalui perancangan kehidupan yang tepat dan berkesan selaras dengan gaya hidup sihat yang diunjurkan sepanjang pelaksanaan modul ini.

 

1. Objektif

Modul Fit4Life diolah untuk membina kemahiran dan ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal pada peserta PLKN. Secara khususnya, latihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan di kalangan para pelatih yang datangnya dari pelbagai latar belakang dari segi agama, bangsa, kaum dan budaya. Modul ini juga bertujuan mempertingkatkan kekuatan mental bagi tujuan hidup (survival), daya kepimpinan, disiplin, keyakinan diri, kemahiran bekerja dalam satu pasukan serta semangat setiakawan di kalangan pelatih selain membantu pelatih membuat keputusan yang tepat dalam memilih hala tuju dan gaya hidup sihat yang lebih bermakna dan menjamin kehidupan di masa akan datang.

2. Metodologi

  • Domain Fizikal (Psikomotor atau Kinestetik).
  • Domain Kognitif (Pemikiran).
  • Domain Afektif (Perasaan).
  • Gabungan pelbagai konsep dalam pelaksanaan aktiviti melalui hasil integrasi ketiga-tiga domain.

3. Silibus Blok

3.1 Latihan Kecergasan Pagi

fit4flife 01

3.2 Komponen Kognitif Healthy Lifestyle

3.2.1 Making Choices

3.2.2 Why Exercise For Healthy Life?

3.2.2 Changing Habits

3.2.3 Functional Movements

3.2.4 Strength

3.2.5 Aerobic Power

3.2.6 Designing Fitness Programs

3.2.7 Running

3.2.8 Nutrition

3.2.9 Weight Management

3.3 Experiential Learning

3.3.1 Kawad Kaki 

fit4flife kawad kaki

3.3.2. Tempur Tanpa Senjata (TTS)

fit4flife ttsi

3.3.3 Kembara Halangan

fit4flife kembara halangan

3.3.4 Latihan Tali

fit4flife latihan tali

fit4flife latihan tali 2

3.3.5 Latihan Pandu Arah

fit4flife perkhemahan

3.3.6 Ikhtiar Hidup dan Perkhemahan