KENYATAAN MEDIA


Bil. 08/18

KENYATAAN MEDIA

PEMAKLUMAN PENANGGUHAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) 2.0 KUMPULAN 3 SIRI 15/2018

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 3 Siri 15/2018 adalah ditangguhkan sehingga pemakluman terbaharu mengenainya dikeluarkan. Penangguhan ini dilakukan kerana buat masa sekarang, jumlah pengambilan pelatih Program Latihan Khidmat Negara bagi tahun 2018  telah melebihi sasaran pengambilan seperti ditetapkan iaitu 20,022 orang.

Sehubungan itu, semua bakal pelatih Kumpulan 3 Siri 15/2018  yang telah menerima Notis Pemberitahuan Pelatih (NPP) pada tarikh yang ditetapkan sebelum ini tidak perlu menghadirkan diri ke Program Latihan Khidmat Negara. Jabatan Latihan Khidmat Negara tidak akan mengeluarkan surat pemakluman mengenai penangguhan bagi NPP ini.

Sekian dan segala kesulitan amatlah dikesali.
 

Disediakan oleh :

Bahagian Komunikasi Korporat

Jabatan Latihan Khidmat Negara

Kementerian Pertahanan Malaysia

KUALA LUMPUR

Dikeluarkan pada 29 Jun 2018 Jam 10.00 pagi.

 

Kemaskini Terakhir: 05 Julai 2018  Spacer | Spacer

Layout space

Senarai Berita

1 - 2 - 3 - 4 - 5   >


2018 © Hakcipta Terpelihara Jabatan Latihan Khidmat Negara
Paparan terbaik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.