KETERANGAN INSURANS PELATIH PLKN

SPESIFIKASI PERKHIDMATAN PERLINDUNGAN INSURANS AM DAN NYAWA BERKELOMPOK UNTUK PELATIH PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

  1. Perlindungan 24 jam diberikan kepada pelatih bermula tarikh lapor diri, sepanjang tempoh latihan PLKN berlangsung dan selepas meninggalkan kem latihan pada tarikh pergerakan keluar pelatih.
  2. Perlindungan kematian biasa sebanyak RM50,000.00.
  3. Perlindungan kematian akibat kemalangan dan keilatan kekal sebanyak RM120,000.00.
  4. Khairat kematian biasa sebanyak RM5,000.00 dan khairat kematian kemalangan RM8,000.00.
 

Jenis tuntutan dibenarkan:

Tuntutan

Amaun (RM)

Jumlah maksimum tuntutan

Syarat

Elaun wad harian

50.00 sehari

RM3,000.00 atau 60 hari Dirawat di hospital kerajaan sahaja
Penjagaan ibu/ bapa/ penjaga

50.00 sehari

RM3,000.00 atau 60 hari Dirawat di hospital kerajaan sahaja
Bayaran pembedahan/ rawatan segera/ kecemasan

-

RM15,000.00 Dilakukan di hospital kerajaan sahaja
Perjalanan bagi ibu/bapa/penjaga melebihi 80 km termasuk tiket kapal terbang

-

RM2,000.00 Disertakan bukti sokongan seperti tiket kapal terbang
Penginapan bagi ibu/bapa/penjaga

-

RM1,000.00 Disertakan bukti sokongan seperti resit
Kos rawatan/ pembedahan

-

RM15,000.00 Dirawat di hospital kerajaan sahaja
Laporan perubatan/ post mortem

-

RM1,000.00 Dikeluarkan oleh hospital kerajaan sahaja

*  Sebarang permohonan tuntutan insurans hendaklah dihantar selewat-lewatnya dalam tahun yang sama 
   semasa mengikuti latihan PLKN.
*  Jumlah bayaran tuntutan adalah berdasarkan penilaian syarikat insurans.

Kemaskini Terakhir: 14 Mei 2018 Hits: 5872

2018 © Hakcipta Terpelihara Jabatan Latihan Khidmat Negara
Paparan terbaik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.