Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara

Kementerian Pertahanan Malaysia

  • Rabu

  • 23 Julai 2014


Arkib Kenyataan Akhbar

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM CERAMAH PATRIOTISME ‘JEJAK PAHLAWAN’ BAGI PELATIH-PELATIH PLKN KUMPULAN 1 SIRI 10/2013 DI SELURUH NEGARA OLEH KETUA PENGARAH JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA (JLKN)

Jabatan Latihan Khidmat Negara memaklumkan bahawa pada hari ini telah diadakan Majlis Perasmian Program Ceramah Patriotisme ‘Jejak Pahlawan’ oleh YBhg Dato’ Abdul Hadi Awang Kechil, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN). Penceramah bagi program ini disampaikan oleh YBhg Lt. Jen. (B) Dato’ Seri Zaini bin Hj. Mohd Said (SP), Mantan Panglima Medan Tentera Darat Malaysia dan Ahli Lembaga Pengarah OPCOM Holding Berhad. Majlis telah diadakan di Kem PLKN Nilam Ehsan, Bidor, Perak.

Program ini diadakan bertujuan untuk menyemai semangat cintakan Negara dengan menghayati pengorbanan dan perjuangan bekas-bekas tentera serta wira-wira Negara. Ia juga adalah kesinambungan kepada Modul Kenegaraan di PLKN yang menyuntik semangat patriotisme ke dalam jiwa pelatih.

Pada fasa pertama pelaksanaan, program ini hanya melibatkan bekas-bekas anggota tentera khususnya penerima Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) bagi berkongsi pengalaman dan kisah perjuangan mereka kepada pelatih-pelatih PLKN. Namun begitu, Jabatan telah memohon kelulusan Kementerian Kewangan untuk melibatkan lebih ramai tokoh-tokoh yang berjasa kepada negara.

Disediakan oleh:

Bahagian Komunikasi Korporat Jabatan Latihan Khidmat Negara Kementerian Pertahanan Malaysia

Tarikh: 19 Februari 2013

browser logo

Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome atau Internet Explorer 9.0 dengan resolusi skrin 1024x768

JLKN telah menerima MS ISO/IEC 17021:2011 pada 9 September 2010

JLKN telah menerima MS ISO/IEC 17021:2011 pada 9 September 2010.

Kemaskini terakhir

22/07/2014

2408300

Jumlah Pengunjung

www.khidmatnegara.gov.my