MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) 2.0 KUMPULAN 2 SIRI 15/2018 PERINGKAT KEBANGSAAN
        
06 Mei 2018 -  MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) 2.0 KUMPULAN 2 SIRI 15/2018 PERINGKAT KEBANGSAAN

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) ingin memaklumkan bahawa seramai 481 orang pelatih, masing-masingnya dari Kem PLKN Paya Indah, Kuala Langat seramai 201 orang dan Kem PLKN Princess Haliza, Sepang seramai 280 orang telah menyempurnakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 2 Siri 15/2018 selama lapan (8) minggu yang bermula 17 Mac 2018 yang lalu.  Wira dan Wirawati dari kedua-dua kem ini telah diraikan dalam satu Majlis Perasmian Penutup peringkat Kebangsaan Siri 15/2018 pada hari ini, jam 9.00 pagi di Kem PLKN Paya Indah, Kuala Langat yang disempurnakan perasmian oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JLKN, Tuan Azlan bin Abd Majid.


Kemaskini Terakhir: 18 Mei 2018 Hits: 228

2018 © Hakcipta Terpelihara Jabatan Latihan Khidmat Negara
Paparan terbaik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.