Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara

Kementerian Pertahanan Malaysia

  • Selasa

  • 2 September 2014


Profil JLKN

Latar Belakang

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 30 Oktober 2002 telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Khidmat Negara yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan untuk mengkaji perkara-perkara berkaitan perundangan, kurikulum, kemudahan-kemudahan dan peruntukan kewangan yang diperlukan bagi perlaksanaan Program Latihan Khidmat Negara.

Kumpulan sasaran yang telah dikenalpasti untuk menyertai program ini adalah terdiri daripada remaja yang lahir pada tahun 1986 atau lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berumur 18 tahun pada tahun 2004.

Adalah dianggarkan terdapat seramai 450,000 orang golongan remaja dalam lingkungan usia ini untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Walau bagaimanapun, oleh kerana kemudahan-kemudahan infrastruktur yang diperlukan tidak mencukupi, maka buat permulaan dianggarkan hanya seramai 84,000 orang peserta sahaja yang akan dipilih untuk mengikuti program ini.

Visi

 Jabatan Latihan Khidmat Negara Menjadi Organisasi terunggul dalam melahirkan bangsa Malaysia

Misi

Memastikan Program Latihan Khidmat Negara Dilaksanakan Dengan Cekap Dan Berkesan

Fungsi

1

Menggubal dasar dan peraturan-peraturan mengenai perlaksanaan Program Khidmat Negara.

2

Menguruskan penubuhan Majlis Khidmat Negara, pelantikan, kemudahan dan faedah untuk ahli majlis sepertimana yang ditetapkan dalam akta Khidmat Negara.

3

Menyediakan kurikulum program yang akan dilaksanakan berdasarkan kepada komponen yang ditetapkan.

4

Merancang penyediaan kemudahan-kemudahan, infrastruktur, keperluan logistik, peralatan-peralatan dan kelengkapan yang diperlukan untuk pelaksanaan Program Khidmat Negara.

5

Merangka sistem maklumat yang diperlukan bagi menyimpan rekod-rekod semua warga negara yang berumur 18 tahun pada tahun program latihan dilaksanakan.

6

Mengkaji dan mencadangkan kaedah pemilihan peserta.

7

Memantau, mengkaji, menilai dan menyediakan laporan keberkesanan pelaksanaan Program Khidmat Negara.

8

Membentuk remaja yang mempunyai sifat jati diri dan semangat patriotisme dan cintakan negara.

9

Merealisasikan hasrat negara untuk memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.

10

Membentuk perwatakan positif kepada remaja menerusi nilai-nilai murni dalam Program Latihan Khidmat Negara.

11

Menyediakan Program Latihan Khidmat Negara terancang dengan penyediaan keperluan yang berkesan ke arah mencapai matlamat dasar Latihan Khidmat Negara.

browser logo

Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome atau Internet Explorer 9.0 dengan resolusi skrin 1024x768

JLKN telah menerima MS ISO/IEC 17021:2011 pada 9 September 2010

JLKN telah menerima MS ISO/IEC 17021:2011 pada 9 September 2010.

Kemaskini terakhir

02/09/2014

2408300

Jumlah Pengunjung

www.khidmatnegara.gov.my