PANDUAN PERMOHONAN PELATIH SUKARELA

 

  1. Penyertaan pelatih sukarela adalah untuk remaja berumur 18 tahun sehingga 21 tahun sahaja.
  2. Pemilihan pelatih sukarela tertakluk kepada dasar JLKN.
  3. Penempatan kem dibuat oleh JLKN dan bergantung kepada kekosongan kem.
  4. Pelatih sukarela akan menikmati segala kemudahan dalam kem.
  5. Kelulusan penyertaan tertakluk kepada keputusan JLKN dan akan dimaklumkan melalui Notis Pemberitahuan Pelatih.
  6. Pengangkutan pergi dan balik ke kem bagi pelatih yang terpilih disediakan oleh pihak Jabatan.
  7. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Kemasukan Sukarela PLKN yang boleh dimuat turun di Laman Web rasmi www.khidmatnegara.gov.my atau membuat permohonan secara online.
  8. Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui kaedah:-
    a) Pos ke alamat: Unit Sukarela, Bahagian Pengurusan Pelatih,
                               Jabatan Latihan Khidmat Negara,
                               Kementerian Pertahanan Malaysia,
                               Aras 2, Bangunan Zetro, Jalan 9/27C,
                               Seksyen 5, Wangsa Maju,
                               53300 Kuala Lumpur ; atau
    b) Emel di alamat sukarela@khidmatnegara.gov.my ; atau
    c) Faks di talian 03-4207 4333 / 4224

Kemaskini Terakhir: 9 Januari 2018 Hits: 6461

2018 © Hakcipta Terpelihara Jabatan Latihan Khidmat Negara
Paparan terbaik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.