PEMERIKSAAN KESIHATAN
PANDUAN/PENERANGAN PENGISIAN BORANG(JLKN/K/:01 & JLKN/K/:02)
Jika peserta menghadapi sesuatu masalah kesihatan , peserta perlu membuat pemeriksaan di Klinik-klinik Kerajaan atau Pusat-pusat Perubatan Tentera . Oleh itu, peserta dikehendaki membawa bersama surat tawaran, borang Pengisytiharan Kesihatan JLKN/K/:01( Contoh 2 & Contoh 3) dan juga borang Pemeriksaan Kesihatan JLKN/K/:02
( Contoh 4) ke mana-mana klinik kerajaan atau Pusat-pusat Perubatan Tentera yang berdekatan dengan tempat kediaman peserta.
Sekiranya peserta telah pun disahkan tidak layak untuk menyertai Program Khidmat Negara oleh doktor yang menjalankan pemeriksaan, peserta perlu mendapatkan pengesahan kedua oleh pegawai perubatan kerajaan. Selepas peserta membuat pemeriksaan kesihatan dan mendapat laporan daripada doktor kerajaan, sila kemukakan kedua-dua borang Pengisyitiharan Kesihatan JLKN/K/:01( Contoh 2& Contoh 3) dan borang Pemeriksaan Kesihatan JLKN/K/:02( Contoh 4) ke alamat seperti di bawah:
Ketua Pengarah
Jabatan Latihan Khidmat Negara
Kementerian Pertahanan Malaysia
Aras 8-10, Menara TH Selborn,
153, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
|