Penangguhan PLKN Siri 15/2018


Penangguhan Pelaksanaan Kumpulan 3 Siri 15/2018 dan Penangguhan  Pengambilan Pelatih Kumpulan 4 Siri 15/2018 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 .

Adalah dimaklumkan bahawa pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 3 Siri 15/2018 telah ditangguhkan. Semua bakal pelatih Kumpulan 3 Siri 15/2018 yang telah menerima Notis Pemberitahuan Pelatih (NPP) tidak perlu menghadirkan diri ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 pada tarikh yang ditetapkan sebelum ini. Surat Penangguhan kepada Notis Pemberitahuan Pelatih (NPP) tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan kepada pelatih-pelatih berkenaan dan siar media mengenai penangguhan penempatan ke PLKN adalah terpakai. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Kemaskini Terakhir: 22 Jun 2018 Hits: 451

2018 © Hakcipta Terpelihara Jabatan Latihan Khidmat Negara
Paparan terbaik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.