PERALATAN DAN KELENGKAPAN PELATIH PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

 

Pakaian/Peralatan Yang Disediakan Oleh JLKN
Pakaian Celoreng  
  • 2 helai Baju Loreng
  • 2 helai seluar Loreng
  • 1 pasang spike boot
  • 1 unit tali pinggang medan
  • 1 unit Beret
  • 2 helai inner loreng

 

 Pakaian Sukan  
  •  2 helai baju T sukan
  • 2 helai seluar sukan
  • 1 unit topi “baseball”

 Pakaian Kelas  
  • 2 helai baju kelas
  • 2 helai seluar kelas
  • 1 unit tali pinggang kelas PLKN
  • 2 pasang stokin hitam
  • 2 pasang stokin kelabu
  • 1 pasang kasut kelas

Lain-lain  
  • 2 helai tudung biru
  • 1 helai tuala mandi
  • 1 unit berus kasut
  • 1 unit pengilat kasut hitam
 

 

 

 Pakaian dan Kelengkapan Yang Perlu dibawa oleh Pelatih
 
  1. Pakaian untuk kegunaan selepas kelas, waktu malam dan untuk hujung minggu termasuk pakaian dalam yang bersesuaian (untuk acara senaman/sukan/riadah), pakaian mandi, pakaian tidur, pakaian untuk sembahyang dan sebagainya.
     
  2. Semua pelatih dikehendaki membawa kasut sukan, track suit gelap (2 helai), t-shirt sukan berkolar berwarna putih (2 helai), stokin putih (2 pasang) dan sehelai tuala mandi.
     
  3. Semua pelatih digalakkan membawa pakaian tradisi mengikut kaum masing-masing untuk persediaan acara persembahan kebudayaan di kem.
     
  4. Keperluan kelengkapan kemasan diri seperti sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, sikat rambut dan sebagainya.
     
  5. Keperluan mencuci pakaian seperti sabun/serbuk pencuci, berus,penyangkut baju dan sebagainya (digalakkan membawa timba/baldi kerana peralatan ini tidak disediakan).
     
  6. Peralatan selain daripada yang dinyatakan di atas seperti: penyapu tidak perlu dibawa.
     
  7. Hanya 1 beg pakaian dan 1 beg sandang sahaja dibenarkan

Kemaskini Terakhir: 9 Januari 2018 Hits: 16451

2018 © Hakcipta Terpelihara Jabatan Latihan Khidmat Negara
Paparan terbaik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.