PERATURAN PELEPASAN PELATIH SEMASA DALAM LATIHAN

1. AM

Keselamatan Pelatih adalah di bawah tanggungjawab Komandan PLKN secara khusus dan sepenuhnya.

TPK adalah bertanggungjawab sekiranya Komandan tiada di dalam kem pada masa tersebut. Sekiranya TPK tiada, tanggungjawab akan diambil alih oleh TKL.

 

2. PERATURAN UNTUK PELEPASAN PELATIH

Peraturan PLKN tiada dibenarkan keluar daripada kawasan kem kecuali atas sebab kebajikan. Pelatih yang dibenarkan keluar hendaklah diambil oleh waris/ penjaga atau diiringi oleh Staf atau Jurulatih ke tempat pengangkutan awam yang berdekatan.

 

PELEPASAN ATAS DASAR KEBAJIKAN.

Pelatih boleh dilepaskan atas dasar kebajikan yang melibatkan perkara berikut :

 

  1. Kematian waris/ penjaga (ibu, bapa, adik beradik seibu sebapa atau salah satu, nenek dan datuk) dan pengesahan atau salinan Sijil Kematian diperlukan.
  2. Melawat waris/ penjaga (ibu, bapa, adik beradik seibu sebapa atau salah satu, nenek dan datuk) yang disahkan sakit teruk (surat pengesahan daripada doktor diperlukan).
  3. Untuk menghadiri temuduga belajar atau kerjaya (hendaklah disahkan dengan salinan surat panggilan).

 

 

Prosedur permohonan untuk pelepasan atas dasar kebajikan sahaja tidak termasuk pelepasan untuk menghadiri upacara keagamaan/ perayaan kaum/ cuti semesta adalah seperti berikut :

 

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Komandan Kem dan cuti melebihi 3 hari mesti mendapat kelulusan Ibu Pejabat JLKN.
  2. Pelepasan hendaklah tidak melebihi tiga (3) hari bagi Pelatih yang tinggal jauh dan satu (1) hari bagi Pelatih yang tinggal berdekatan dengan lokasi latihan. Pelepasan hendaklah tidak melebihi 3 hari mesti mendapat kelulusan dari JLKN.
  3. Pelatih hendaklah dijemput oleh Ibu Bapa atau waris terdekat di Kem dengan mengisi Borang Keluar Pelatih yang boleh didapati di setiap kem.
  4. Ibu Bapa atau waris terdekat mestilah memastikan bahawa Pelatih melapor semula ke Kem Latihan selepas habis tempoh pelepasan yang dibenarkan.
  5. Ibu Bapa atau waris pelatih adalah bertanggungjawab menghantar semula Pelatih kembali ke Kem.
  6. Tambang perjalanan adalah ditanggung oleh Ibu Bapa atau waris Pelatih atau Pelatih itu sendiri. Bagi kes kematian, urusan penghantaran jenazah Pelatih akan diuruskan oleh JLKN.

 

PELEPASAN UNTUK MENGHADIRI UPACARA KEAGAMAAN/ PERAYAAN KAUM.

 

Pelepasan adalah dibenarkan kepada Pelatih untuk menghadiri upacara keagamaan bagi perayaan setelah diluluskan oleh MLKN seperti berikut:

  •  Hari Raya Aidilfitri / Hari Raya Korban.
  • Tahun Baru Cina.
  • Depavali/ Tahun Baru Hindu/ Hari Vesakhi/ Thaipusam.
  • Krismas.
  • Hari Wesak.
  • Pesta Keamatan.
  • Hari Gawai Dayak.

 

 

Prosedur permohonan untuk pelepasan bagi menghadiri upacara keagamaan, di mana Pelatih diambil oleh Ibu Bapa adalah seperti berikut : 

  1. Permohonan adalah dibuat secara bertulis kepada Komandan Kem sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal daripada tarikh upacara tersebut diadakan.
  2. Pelepasan diberikan adalah tertakluk kepada kelulusan MLKN dan Ibu Pejabat JLKN.
  3. Pelatih hendaklah dijemput oleh waris dan mengisi Borang Keluar Pelatih yang lengkap dan disertakan salinan kad pengenalan Ibu Bapa/ Waris.
  4. Ibu Bapa atau waris mestilah memastikan Pelatih melapor diri di Kem Latihan selepas tamat tempoh cuti yang diberikan. Sekiranya Pelatih gagal melaporkan diri, laporan polis akan dibuat oleh pihak Kem.
  5. Ibu Bapa atau waris Pelatih adalah bertanggungjawab menghantar semula Pelatih kembali ke Kem. Tambang perjalanan adalah ditanggung oleh Ibu Bapa atau waris Pelatih atau Pelatih itu sendiri.

 

PROSEDUR PERMOHONAN UNTUK PELEPASAN BAGI MENGHADIRI UPACARA KEAGAMAAN, DI MANA PELATIH TIDAK DIAMBIL OLEH IBU BAPA ATAU WARIS ADALAH SEPERTI BERIKUT:

Permohonan adalah dibuat secara bertulis kepada Komandan Kem atau sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal daripada upacara tersebut diadakan.

Pelatih hendaklah menandatangai Borang Keluar Pelatih bahawa beliau akan kembali ke Kem pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Sekiranya pelatih gagal melaporkan diri, laporan polis akan dibuat oleh pihak Kem.

Tambang perjalanan adalah ditanggung oleh Pelatih.

 

PROSEDUR PERMOHONAN UNTUK PELEPASAN CUTI, PELATIH TIDAK DIAMBIL OLEH IBU BAPA TETAPI DIAMBIL OLEH WAKIL ATAU SAUDARA MARA : 

Permohonan dibuat secara bertulis kepada Komandan Kem dengan menyatakan nama dan nombor Kad Pengenalan wakil atau saudara mara yang dipertanggungjawabkan untuk mengambil pelatih.

Pelatih dijemput oleh wakil atau saudara mara dari Kem dengan mengisi Borang Keluar peserta dari Kem dan disertakan dengan salinan Kad Pengenalan.

Pelatih dikehendaki mengisi Borang Keluar Pelatih dan surat Akur Janji bahawa beliau akan pilang ke Kem pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

 

PROSEDUR PERMOHONAN UNTUK PELEPASAN BERCUTI PELATIH YANG TIDAK DIAMBIL OLEH WARIS/ PENJAGA SERTA PELATIH PULANG MENAIKI PENGANGKUTAN AWAM. 

Permohonan dibuat secara bertulis kepada Komandan Kem dengan menyatakan Ibu Bapa memberi kebenaran untuk pelatih balik sendiri dengan menaiki bas.

Pengurusan Kem menguruskan bas untuk membawa pelatih ke stesen pengangkutan awan yang berdekatan.

Pelatih dikehendaki mengisi Borang Pelepasan Pelatih dan Surat Aku Janji bahawa beliu akan pulang ke Kem pada tarikh dan masa yang ditetapkan


Kemaskini Terakhir: 9 Januari 2018 Hits: 11336

2018 © Hakcipta Terpelihara Jabatan Latihan Khidmat Negara
Paparan terbaik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.