PERHIMPUNAN BULANAN BIL.1/2018 JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA

29 Januari 2018 – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil.01/2018 di Kafetaria Bangunan Zetro.

Ketua Pengarah JLKN, YBhg Dato' Mohmed Asri bin Yusof telah memberikan ucapan seterusnya menyampaikan sijil Anugerah Pekerja Contoh JLKN bagi bulan Julai sehingga Disember 2017 kepada pegawai dan kakitangan JLKN yang terpilih. Dato' KP juga turut merasmikan pelancaran Laman Web Rasmi JLKN yang baharu dan menyampaikan hadiah Mystery Shopping Soalan Kuiz anjuran Unit Integriti bagi bulan Disember 2017 kepada para pemenang. Dato’ KP juga telah menyampaikan sijil penghargaan kepada Pegawai Khidmat Pelanggan JLKN kerana memberikan perkhidmatan terbaik kepada Pelanggan-pelanggan Jabatan.

Beliau juga turut meraikan sambutan ulang tahun kelahiran pegawai dan kakitangan Jabatan yang menyambut hari lahir pada bulan Disember (2017) dan Januari (2018).
 

PERHIMPUNAN BULANAN BIL.1/2018 JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA

 

Kemaskini Terakhir: 6 Februari 2018 Hits: 1039

2018 © Hakcipta Terpelihara Jabatan Latihan Khidmat Negara
Paparan terbaik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.