PERHIMPUNAN BULANAN BIL.2/2018 JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA
22 Februari 2018 – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil.2/2018 di Kafetaria Bangunan Zetro.

Perhimpunan turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Mohd Johari bin Baharum, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato' Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Ketua Pengarah JLKN, YBhg Dato' Mohmed Asri bin Yusof dan ahli majlis pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan. YBhg. Dato' Mohd Johari telah memberikan ucapan seterusnya menyempurnakan penyerahan Hadiah Bulanan Peraduan Permainan Dalam Talian Camp Warriors  kepada Alumni PLKN. Beliau juga turut menyampaikan sijil pelantikan Ahli Jawatankuasa BSKN Induk Tahun 2018 seterusnya menyampaikan hadiah Mystery Shopping Soalan Kuiz anjuran Unit Integriti bagi bulan Januari 2018 kepada para pemenang serta hadiah dan cenderahati kepada pegawai bertukar keluar dan bersara.

Beliau juga turut meraikan sambutan ulang tahun kelahiran pegawai dan kakitangan Jabatan yang menyambut hari lahir pada bulan Februari 2018.
 

PERHIMPUNAN BULANAN BIL.2/2018 JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA

 

Kemaskini Terakhir: 7 Ogos 2018 Hits: 1318

2018 © Hakcipta Terpelihara Jabatan Latihan Khidmat Negara
Paparan terbaik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.