PERHIMPUNAN BULANAN BIL.3/2018 JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA

21 Mac 2018 – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil.3/2018 di Kafetaria Bangunan Zetro.
 
Perhimpunan dimulakan dengan taklimat koperasi tentera dan insurans daripada pegawai dari Pembangunan Perniagaan, Wilayah Tengah. Seterusnya tayangan multimedia bagi pencapian JLKN bagi bulan Februari hingga Mac 2018 dan pegawai bertukar masuk.

Ketua Pengarah JLKN, YBhg Dato' Mohmed Asri bin Yusof telah memberikan ucapan seterusnya menyerahkan sumbangan ikhlas kepada ahli Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) yang terlibat dalam kemalangan. Dato' KP turut menyampaikan hadiah Mystery Shopping Soalan Kuiz anjuran Unit Integriti bagi bulan Mac 2018 kepada para pemenang serta hadiah dan cenderahati kepada pegawai bertukar keluar. 

Beliau juga turut meraikan sambutan ulang tahun kelahiran pegawai dan kakitangan Jabatan yang menyambut hari lahir pada bulan Mac 2018.
 

PERHIMPUNAN BULANAN BIL.3/2018 JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA

 

Kemaskini Terakhir: 8 Ogos 2018 Hits: 688

2018 © Hakcipta Terpelihara Jabatan Latihan Khidmat Negara
Paparan terbaik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.