PERKARA-PERKARA YANG DILARANG DIBAWA SEMASA LATIHAN

Peslatih-pelatih tidak dibenarkan sama sekali membawa, menyimpan, mengambil atau memiliki perkara-perkara berikut:-

  • Barang-barang atau alat-alat yang berbahaya seperti senjata tajam dan sebagainya di sepanjang tempoh latihan.
  • Minuman keras, dadah serta rokok.
  • Bahan-bahan lucah;  dan
  • Dokumen serta bahan-bahan pencetak yang berunsurkan politik dan perkauman dan perkara-perkara lain yang boleh menimbulkan provokasi.

Pelatih-pelatih tidak digalakkan memakai dan membawa perkara-perkara berikut :-

  • Barang-barang kemas
  • Wang  tunai yang tidak melebihi RM200.00 dan
  • Telefon bimbit

Perhatian : Jika pelatih membawa barang-barang yang mana-mana tersebut di atas, pelatih diminta untuk menyerahkannya kepada pihak pengurusan kem. Sebarang kegagalan untuk menyerahkan barangan jika berlaku kehilangan semasa latihan adalah di bawah tanggungjawab pelatih sendiri.


Kemaskini Terakhir: 14 Disember 2016 Hits: 5696

2018 © Hakcipta Terpelihara Jabatan Latihan Khidmat Negara
Paparan terbaik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.