PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti serta layanan pelanggan seperti berikut:

1

Bersedia memberi layanan yang cekap dan mesra kepada pelanggan di kaunter perkhidmatan dalam tempoh tidak melebihi 30 minit.

2

Mengeluarkan Notis Pemberitahuan Pelatih (NPP) sekurang-kurangnya empat (4) minggu sebelum pendaftaran pelatih.

3

Penyampaian kelulusan dalam tempoh 30 hari bagi permohonan lengkap Pengecualian, Penangguhan dan Pembaharuan Penangguhan yang diterima melalui pos.

4

Memastikan pencapaian keberkesanan PLKN mencapai sekurang-kurangnya 80% melalui Kajian Persepsi Pelatih.

5

Menjelaskan pembayaran bil dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.

6

Memastikan perkhidmatan prasarana, kemudahan latihan dan perkhidmatan sajian makanan di Kem PLKN mencapai prestasi minima 80% menerusi sistem pemantauan secara online.

7

Memastikan respons kepada pertanyaan dan aduan pelanggan adalah cepat, tepat dan mesra dan menepati tempoh-tempoh berikut:

  • Akuan penerimaan dalam masa satu (1) hari.

  • Aduan yang tidak memerlukan siasatan diselesaikan dalam tempoh 14 hari.

  • Laporan status aduan dalam tempoh dua (2) bulan.

8

Memastikan kemudahan perkhidmatan semakan pemilihan dan penempatan pelatih secara online melalui laman web dan SMS dapat dibuat satu (1) minggu selepas proses balloting/ penempatan.

9

Memantau pengurusan latihan secara berterusan 24 jam dalam aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan pelatih bagi memastikan tindakan berikut diambil apabila berlaku kecemasan:

  • Kecemasan Keselamatan      :           45 minit

  • Kecemasan Kesihatan           :           45 minit

  • Kecemasan Kebajikan           :           2 jam

10

Menyelesaikan segala urusan tender terbuka tempatan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tender ditutup sehingga tandatangan Surat Setuju Terima (SST).

11

Pengisian sekurang-kurangnya 80% keperluan perjawatan Jurulatih di Kem PLKN.


Kemaskini Terakhir: 8 Mei 2017 Hits: 2349

2018 © Hakcipta Terpelihara Jabatan Latihan Khidmat Negara
Paparan terbaik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.