Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara

Kementerian Pertahanan Malaysia

  • Khamis

  • 24 April 2014


Panduan Mengisi Borang-Borang Dalam Notis Pemberitahuan Pelatih (NPP)

Dokumen/Borang NPP


Dalam Notis Pemberitahuan Pelatih (NPP), terdapat sebanyak 12 dokumen/borang yang disertakan kepada pelatih yang terpilih menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Dokumen/borang tersebut adalah seperti berikut:-

  1. Notis Pemberitahuan Pelatih
  2. Buku Panduan Pelatih
  3. Borang Pendaftaran Pelatih
  4. Borang Kebenaran Ibubapa / Penjaga
  5. Borang Perakuan Kesihatan Kemasukan Ke PLKN
  6. Surat Latihan Pengendalian Senjata Colt M16 Pelatih PLKN
  7. Garis Panduan Tatacara Pengendalian Pemeriksaan Perubatan Peserta PLKN Oleh Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan
  8. Borang Pemeriksaan Perubatan Calon PLKN
  9. Borang Permohonan Bagi Perakuan Penangguhan
  10. Borang Permohonan Pengecualian
  11. Senarai Semak NPP dan Spesifikasi Perkhidmatan Perlindungan Insurans Am dan Nyawa Berkelompok Untuk Pelatih PLKN

Borang-Borang bagi urusan kemasukan


Bagi calon pelatih yang dapat mengikuti latihan, daripada 12 borang/ dokumen yang disertakan, pelatih perlu mengisi borang-borang seperti berikut sebelum melapor diri di kem-kem PLKN:-

  1. Borang Pendaftaran Pelatih
  2. Borang Kebenaran Ibubapa / Penjaga
  3. Borang Perakuan Kesihatan Kemasukan Ke PLKN
  4. Surat Latihan Pengendalian Senjata Colt M16 Pelatih PLKN

Penerangan dokumen/borang yang terdapat di dalam setiap Notis Pemberitahuan Pelatih (NPP)


Borang Borang/Dokumen
1. Notis Pemberitahuan Pelatih NPP adalah merupakan Notis rasmi yang dikeluarkan kepada pelatih-pelatih PLKN yang terpilih untuk menjalani Latihan Khidmat Negara.
2.Buku Panduan Pelatih PLKN Buku Panduan ini adalah sebagai rujukan kepada pelatih bagi mengetahui maklumat-maklumat seperti berikut:

  1. Panduan Peralatan yang perlu dibawa
  2. Panduan Perkara-perkara yang dilarang semasa latihan
  3. Syarat-syarat permohonan penangguhan
  4. Syarat-syarat permohonan pengecualian
  5. Senarai rujukan tempat pemeriksaan kesihatan bagi pelatih-pelatih PLKN.
3. Borang Pendaftaran Pelatih Borang bagi tujuan mengisi maklumat peribadi pelatih dan perlu diserahkan di Kem Latihan pada hari pendaftaran.
4. Borang Kebenaran Ibu bapa /Penjaga Borang ini perlu ditandatangani oleh ibubapa/penjaga pelatih untuk membenarkan pelatih menjalani pemeriksaan perubatan atau menerima rawatan.
5. Borang Perakuan Kesihatan Kemasukan ke PLKN Borang ini merupakan perakuan status kesihatan terkini pelatih dan wajib diisi oleh semua pelatih. Jika pelatih tidak mempunyai masalah kesihatan yang nyata tidak perlu menjalani pemeriksaan perubatan.

Sekiranya terdapat aspek kesihatan yang kurang pasti statusnya atau pelatih sememangnya tidak sihat, dia perlu menjalani pemeriksaan perubatan di klinik kerajaan atau Rumah Sakit angkatan Tentera (RSAT) yang berhampiran dengan menggunakan Borang Pemeriksaan Perubatan.

6. Surat Latihan  Pengendalian Senjata Colt M16 Pelatih PLKN Surat ini perlu ditandatangani oleh ibubapa/penjaga untuk membenarkan pelatih menjalani Latihan Pengendalian Senjata Colt M16.
7. Garis Panduan Tatacara Pengedalian Pemeriksaan Perubatan Peserta PLKN oleh Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan Garis panduan ini adalah maklumat  yang boleh dirujuk oleh pelatih dan doktor berkenaan dengan langkah-langkah yang perlu diambil dalam pemeriksaan perubatan.
8.Borang Pemeriksaan Perubatan Calon PLKN  Borang ini perlu dibawa bersama ketika menjalani pemeriksaan perubatan untuk disahkan status kesihatan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
9. Borang Permohonan Bagi Perakuan Penangguhan

(Perlu diisi jika berkenaan sahaja)

Borang 1 Permohonan Perakuan Penangguhan diisi oleh calon pelatih yang tidak menghadiri PLKN kerana 3 sebab berikut:-

  1. Bakal menduduki peperiksaan utama
  2. Sedang meneruskan pengajian
  3. Mengalami kesusahan luar biasa

Borang ini perlu dihantar ke Bahagian Pengurusan Pelatih, Jabatan Latihan Khidmat Negara.

Rujuk Borang/Dokumen Penangguhan di bawah

10. Borang Permohonan Pengecualian Menjalani PLKN

(Perlu diisi jika berkenaan sahaja)

Borang ini perlu diisi oleh calon pelatih sekiranya berada dalam mana-mana kategori seperti yang tersenarai dalam borang ini. Borang ini perlu dihantar ke Bahagian Pengurusan Pelatih, Jabatan Latihan Khidmat Negara.

Rujuk Borang/Dokumen Pengecualian di bawah

11. Senarai Semak NPP dan Spesifikasi Perkhidmatan Perlindungan Insurans  Am dan Nyawa Berkelompok Untuk Pelatih PLKN Senarai semak ini adalah sebagai rujukan kepada pelatih untuk memastikan bahawa terdapat 12 dokumen/borang termasuk senarai semak NPP.

Maklumat ini adalah sebagai rujukan asas kepada pelatih-pelatih PLKN bahawa setiap pelatih akan dilindungi oleh Syarikat Insurans yang dilantik sebagaimana syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Borang/Dokumen Penangguhan


Manakala bagi calon pelatih yang tidak dapat mengikuti PLKN kerana sebab-sebab di bawah perlulah mengisi borang-borang seperti berikut:-

Sebab Borang yang perlu diisi Borang/Dokumen
Bakal menduduki peperiksaan utama  Borang Permohonan Bagi Perakuan Penangguhan (Borang 1)dan dilampirkan dengan dokumen yang lengkap iaitu:-

  1. Surat Pengesahan rasmi daripada pihak sekolah ATAU Lembaga Peperiksaan Malaysia

Borang Permohonan Bagi Perakuan Penangguhan

Borang Permohonan Pembaharuan Bagi Perakuan Penangguhan

Sedang meneruskan pengajian

  1. Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  1. Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
Borang Permohonan Bagi Perakuan Penangguhan (Borang 1)dan dilampirkan dengan dokumen yang lengkap iaitu:-

  1. Salinan surat tawaran belajar daripada institusi yang dinyatakan tempoh pengajian  ATAU
  2. Surat rasmi mengesahkan bahawa pemohon sedang menghadiri kursus (nyatakan tempoh pengajian) daripada institusi pengajian tinggi.
  1. Salinan surat tawaran belajar daripada institusi pengajian yang dinyatakan tempoh pengajian, DAN
  2. Salinan resit pembayaran yuran pengajian (TERKINI) yang telah dibayar (Sekurang-kurangnya ½ daripada jumlah yuran sebenar), ATAU
  3. Salinan surat tawaqan biasiswa, ATAU
  4. Surat rasmi mengesahkan bahawa pemohon sedang menghadiri kursus(nyatakan tempoh pengajian) daripada institusi pengajian tinggi.
Mengalami kesusahan luar  biasa
  1. Sedang hamil
    • Surat pengesahan rasmi daripada doktor kerajaan.
  2. Lain-lain kesusahan luar biasa
    • Surat sokongan yang jelas menyatakan kesusahan yang dialami oleh pelatih daripada Pesuruhjaya Sumpah, Mejistret, Penghulu, Penggawa, Tok Sidang, Jaksa Pendamai, Komandan atau Pengetua Sekolah. DAN
    • Salinan dokumen sokongan.

Borang/Dokumen Pengecualian


Sebab Borang yang perlu diisi Borang/Dokumen
Orang Kurang Upaya (OKU) Borang Permohonan Pengecualian Menjalani PLKN (JLKN:K/03Pin 3/10) dan lampirkan Kad OKU / Surat Pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat/ Surat Pengesahan daripada Sekolah Pendidikan Khas/Kelas Khas.

Borang Permohonan Pengecualian Menjalani PLKN

Borang Pemeriksaan Perubatan

Borang Perakuan Kesihatan Kemasukan ke PLKN

Wanita yang mempunyai anak kandung Borang Permohonan Pengecualian Menjalani PLKN (JLKN:K/03Pin 3/10) dan lampirkan Salinan Sijil Kelahiran Anak.
Orang yang menjalani hukuman pemenjaraan Borang Permohonan Pengecualian Menjalani PLKN (JLKN:K/03Pin 3/10) dan lampirkan Surat Pengesahan Mahkamah/ Surat Pengesahan daripada Pusat Tahanan/ tempat hukuman dijalankan.
Orang yang menjalani rawatan dan pemulihan dadah di bawah Akta Penagih Dadah Borang Permohonan Pengecualian Menjalani PLKN(JLKN:K/03Pin 3/10) dan lampirkan Surat Pengesahan Mahkamah/ Surat Pengesahan daripada Pusat Tahanan/ tempat hukuman dijalankan.
Orang yang menjalani tahanan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001/tahanan pencegahan Borang Permohonan Pengecualian Menjalani PLKN (JLKN:K/03Pin 3/10) dan lampirkan Surat Pengesahan Mahkamah/ Surat Pengesahan daripada Pusat Tahanan/ tempat hukuman dijalankan.
Orang yang mengikuti program sepenuh masa di Institusi ATM, PDRM, APMM, BOMBA dan Jabatan Penjara Malaysia. Borang Permohonan Pengecualian Menjalani PLKN (JLKN:K/03Pin 3/10) dan lampirkan Salinan Kad Pengenalan Tentera/Polis atau Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada Unit tempat bertugas yang disahkan oleh Adjutan/Pegawai Pemerintah/ Pegawai Memerintah.
Orang yang bercelaru mental di bawah Ordinan Kecelaruan Mental 1952 (Ord.31/1952), pesakit mental di bawah Ordinan Kesihatan Mental (Sarawak) 1961 (Ord. Sarawak 16/1961) atau orang gila di bawah Ordinan Orang Gila (Sabah) 1951 (Bab 74 Sabah). Perakuan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan. (JLKN/K/:01/Pin 6/11) dan (JLKN/K/:02/Pin 5/09)
Orang yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan Menghidapi penyakit yang boleh membawa maut. Perakuan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan. (JLKN/K/:01/Pin 6/11) dan (JLKN/K/:02/Pin 5/09)
Orang  yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan menghidapi penyakit berjangkit di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Perakuan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan. (JLKN/K/:01/Pin 6/11) dan (JLKN/K/:02/Pin 5/09)
browser logo

Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome atau Internet Explorer 9.0 dengan resolusi skrin 1024x768

JLKN telah menerima MS ISO/IEC 17021:2011 pada 9 September 2010

JLKN telah menerima MS ISO/IEC 17021:2011 pada 9 September 2010.

Kemaskini terakhir

24/04/2014

2408300

Jumlah Pengunjung

www.khidmatnegara.gov.my