SEBAB-SEBAB CUTI TIDAK DILULUSKAN

1. CUTI KELUAR NEGARA

Kerana sepanjang pelatih menjalani Program Latihan Khidmat Negara, pelatih tidak dibenarkan ke luar Negara.

 

2. UMRAH/ AKTIVITI LUAR (PENGAKAP, SUKAN, DAN LAIN-LAIN)

Kerana cuti terlalu lama dan pelatih PLKN mestilah menjalani latihan selama 60 hari untuk mendapatkan sijil. Jika ingin meneruskan hasrat tersebut dan memberi masalah kepada keluarga, Pihak Jabatan menyarankan agar pelatih memohon penangguhan. Permohonan hendaklah dimajukan ke Bahagian Hal Ehwal Pelatih.

 

3. CUTI PERKAHWINAN

Pihak Jabatan hanya akan mempertimbangkan permohonan yang melibatkan perkahwinan adik beradik kepada pelatih sahaja.

 

4. PENAMBAHAN CUTI BAGI PELATIH CINA, INDIA, MELAYU

 Berhubung dengan perkara tajuk, dimaklumkan bahawa pihak Ibu Pejabat Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) tidak meluluskan permohonan cuti daripada tuan/ puan.


Kemaskini Terakhir: 9 Januari 2018 Hits: 7834

2018 © Hakcipta Terpelihara Jabatan Latihan Khidmat Negara
Paparan terbaik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.