Soalan Lazim
Apakah maksud ‘Khidmat Negara'

 'Khidmat Negara' merujuk kepada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Apakah maklumat yang boleh diperoleh menerusi laman web ini dan bagaimana mendapatkannya
  • Maklumat berkenaan Jabatan seperti alamat dan nombor telefon Jabatan, Bahagian-bahagian yang beroperasi di Jabatan, visi, misi dan fungsi Jabatan, piagam pelanggan, pelan strategik Jabatan, aktiviti Jabatan, direktori pegawai, takwim Jabatan, maklumat tender dan sebut harga dan juga maklumat kerjaya di JLKN
  • Maklumat berkenaan PLKN seperti objektif PLKN, Akta Latihan Khidmat Negara, modul latihan, fasiliti latihan, syarat permohonan penangguhan dan pengecualian, takwim pelatih dan senarai kem beserta alamat, nombor telefon dan map kem.
  • Memuat turun borang-borang berkaitan seperti borang permohonan penangguhan, borang permohonan pengecualian, borang permohonan kemasukan semula, borang latihan pengendalian senjata, borang permohonan kerjaya dan lain-lain
  • Pengumuman-pengumuman terkini
  • Membuat semakan sama ada terpilih menjalani PLKN dan semakan penempatan pelatih di kem-kem PLKN

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan, pengunjung bolehlah mendapatkan gambaran keseluruhan laman web ini dengan membuka Peta Laman. Senarai kandungan laman akan dipaparkan dan seterusnya pengunjung dapat mengenal pasti kedudukan topik/tajuk bagi maklumat yang dicari. Selain itu, pengguna juga boleh mencari maklumat dengan menggunakan enjin carian laman web ini yang terletak di sebelah kanan banner utama laman web ini.



Adakah program ini akan mengganggu atau menjejaskan perancangan pelajaran para pelajar yang terlibat

Kerajaan akan meminimakan kesan gangguan ke atas sistem pendidikan negara. Dalam kes PLKN ini Kementerian Pendidikan telah menyelaraskan kemasukan pelajar ke kelas matrikulasi, tingkatan enam dan IPTA. Namun begitu, jika terdapat kes-kes yang melayakkan penangguhan ianya akan dipertimbangkan mengikut paraturan Akta Latihan Khidmat Negara yang membenarkan penangguhan atas alasan melanjutkan pelajaran. Dengan yang demikian PLKN akan cuba meminimakan penjejasan kepada peluang peserta untuk melanjutkan pelajaran.



Siapakah yang boleh dikecualikan dari menyertai PLKN

Mengikut Subseksyen 4(1), hanya terdapat sepuluh (10) kategori orang yang boleh dikecualikan dari menghadiri program ini iaitu:

  • Orang yang bercelaru mental.
  • Orang yang telah diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan mengalami kecacatan fizikal.
  • Orang yang menjalani hukuman pemenjaraan.
  • Orang yang menjalani tahanan.
  • Orang yang menjalani rawatan dan pemulihan.
  • Orang yang menjalani tahanan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
  • Orang yang menghidapi penyakit yang boleh membawa maut.
  • Orang yang menghidapi penyakit berjangkit (penyakit membawa maut)
  • Orang yang mengikuti program sepenuh masa di Institusi Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia
  • Wanita yang mempunyai anak kandung.

Walaupun demikian pemohon/penjaga perlu membuat permohonan untuk pengecualian kepada JLKN dengan menyertakan dokumen sokongan yang berkaitan.



Apakah keadaan-keadaan yang melayakkan pengecualian penyertaan

  • Yang menduduki peperiksaan penting di bawah Akta Pendidikan.
  • Mereka yang sedang menuntut di dalam sistem persekolahan di dalam atau di luar negara.
  • Mereka yang mengalami kesusahan luar biasa mengikut keadaan tertentu.

Peserta dikehendaki memohon menggunakan borang yang boleh didapati di JLKN atau di muatturun dari laman web www.khidmatnegara.gov.my . Kesemua kes ini tertakluk kepada pengesahan pihak berkuasa.



 Bolehkan peserta diberi kebebasan untuk memilih lokasi latihan

Penempatan peserta di buat secara rambang selaras dengan objektif program. Walau bagaimanapun JLKN akan mempertimbangkan permohonan untuk menukar lokasi latihan berasaskan masalah kesihatan. Pemohon perlu memajukan permohonan/rayuan dengan menulis kepada JLKN beserta dokumen sokongan untuk pertimbangan.



Adakah peserta-peserta PLKN di jaga dengan baik

Kesemua peserta PLKN dilindungi oleh insuran berkelompok semasa latihan. Tempat-tempat dan peralatan latihan juga adalah selamat mengikut spesifikasi yang di iktiraf. Aspek disiplin jurulatih dan peserta adalah diberi keutamaan. 



Adakah seseorang boleh memohon untuk memasuki PLKN secara sukarela

Bagi mereka yang tidak terpilih, tetapi berminat menyertai PLKN, bolehlah membuat rayuan kepada JLKN untuk dipertimbangkan.



Berapa lamakah latihan dijalankan di kem PLKN dan apakah modul-modul yang terdapat di dalam latihan tersebut

Skop latihan PLKN mengambil masa selama tiga bulan. Terdapat 4 modul dalam PLKN iaitu modul fizikal, modul kenegaraan, modul pembinaan karakter dan modul khidmat komuniti. Aktivity-aktiviti utama modul fizikal adalah asas kawad, tali tinggi, asas pertahanan diri dan kraft hutan. Modul Kenegaraan membincangkan sejarah tanah air, kedaulatan dan maruah negara, Malaysia dan isu isu antarabangsa, pertahanan dan keselamatan negara serta tanggungjawab rakyat kepada negara. Modul pembinaan karakter. Memberi tekanan kepada penerapan nilai nilai murni dan sejagat, keyakinan diri, kepimpinan dan penilaian diri sendiri. Modul khidmat komuniti melibatkan perserta dalam aktiviti membina dan membaik pulih kemudahan awam, pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar, gotong royong dan kejiranan serta aktiviti kesukarelaan.


 Adakah kemudahan pengangkutan disediakan

Jabatan akan menyediakan kemudahan pengangkutan dari stesen bas, keretapi dan lapangan terbang yang akan ditentukan oleh JLKN untuk ke kem latihan.

 


Kemaskini Terakhir: 12 Januari 2018 Hits: 6706

2018 © Hakcipta Terpelihara Jabatan Latihan Khidmat Negara
Paparan terbaik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.