| Soalan 1 |
Adakah program ini akan mengganggu atau menjejaskan perancangan pelajaran para pelajar yang terlibat? |
| Soalan 2 |
Adakah PLKN bercorak ketenteraan? |
| Soalan 3 |
Siapakah yang boleh dikecualikan dari menyertai PLKN? |
| Soalan 4 |
Apakah keadaan-keadaan yang melayakkan penangguhan penyertaan? |
| Soalan 5 |
Bolehkan peserta diberi kebebasan untuk memilih lokasi latihan? |
| Soalan 6 |
Adakah peserta-peserta PLKN di jaga dengan baik? |
| Soalan 7 |
Adakah seseorang boleh memohon untuk memasuki PLKN secara sukarela? |
| Soalan 8 |
Apakah skop latihan PLKN? |
| Soalan 9 |
Adakah kemudahan pengangkutan disediakan? |
| Soalan 1 |
Adakah program ini akan mengganggu atau menjejaskan perancangan pelajaran para pelajar yang terlibat? |
| Jawapan |
Kerajaan akan meminimakan kesan gangguan ke atas sistem pendidikan negara. Dalam kes PLKN ini Kementerian Pendidikan telah menyelaraskan kemasukan pelajar ke kelas matrikulasi, tingkatan enam dan IPTA.
Namun begitu, jika terdapat kes-kes yang melayakkan penangguhan ianya akan dipertimbangkan mengikut paraturan Akta Latihan Khidmat Negara yang membenarkan penangguhan atas alasan melanjutkan pelajaran. Dengan yang demikian PLKN akan cuba meminimakan penjejasan kepada peluang peserta untuk melanjutkan pelajaran.
|
| Soalan 2 |
Adakah PLKN bercorak ketenteraan? |
| Jawapan |
Tidak. Objektif PLKN bukan untuk memenuhi keperluan ketenteraan atau keselamatan Negara sebagaimana yang dipraktikan di negara-negara lain. Ianya menekankan kepada objekti-objektif yang telah disasarkan iaitu:
- Membina generasi muda yang bersemangat patriotik dan cinta kepada negara.
- Mengeratkan perpaduan masyarakat berbilang kaum.
- Menimbulkan keperihatinan dan kesukarelaan untuk berjasa kepada masyarakat.
- Melahirkan generasi muda yang cergas, cerdas serta penuh keyakinan diri.
- Membentuk perwatakan positif di kalangan generasi muda menerusi penerapan nilai-nilai murni.
|
| Soalan 3 |
Siapakah yang boleh dikecualikan dari menyertai PLKN? |
| Jawapan |
Mengikut Subseksyen 4(1), hanya terdapat lapan kategori orang yang boleh dikecualikan dari menghadiri program ini iaitu:
- Orang yang bercelaru mental.
- Orang yang telah diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan mengalami kecacatan fizikal.
- Orang yang menjalani hukuman pemenjaraan.
- Orang yang menjalani tahanan.
- Orang yang menjalani rawatan dan pemulihan.
- Orang yang menjalani tahanan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
- Orang yang menghidapi penyakit yang boleh membawa maut.
- Orang yang menghidapi penyakit berjangkit (penyakit membawa maut).
Walaupun demikian pemohon/penjaga perlu membuat permohonan untuk pengecualian kepada JLKN dengan menyertakan dokumen sokongan yang berkaitan.
|
| Soalan 4 |
Apakah keadaan-keadaan yang melayakkan penangguhan penyertaan? |
| Jawapan |
Mengikut Seksyen 20 Akta Latihan Khidmat Negara penangguhan hanya akan diberikan kepada mereka yang termasuk dalam golongan-golongan berikut:
- Yang menduduki peperiksaan penting di bawah Akta Pendidikan.
- Mereka yang sedang menuntut di dalam sistem persekolahan di dalam atau di luar negara.
- Mereka yang mengalamai kesusahan luar biasa mengikut keadaan tertentu.
Peserta dikehendaki memohon penangguhan dengan menggunakan borang yang boleh didapati di JLKN atau di muatturun dari laman web www.khidmatnegara.gov.my . Kesemua kes ini tertakluk kepada pengesahan pihak berkuasa.
|
| Soalan 5 |
Bolehkan peserta diberi kebebasan untuk memilih lokasi latihan? |
| Jawapan |
Penempatan peserta di buat secara rambang selaras dengan objektif program. Walau bagaimanapun JLKN akan mempertimbangkan permohonan untuk menukar lokasi latihan berasaskan masalah kesihatan. Pemohon perlu memajukan permohonan/rayuan dengan menulis kepada JLKN beserta dokumen sokongan untuk pertimbangan.
|
| Soalan 6 |
Adakah peserta-peserta PLKN di jaga dengan baik? |
| Jawapan |
Kesemua peserta PLKN dilindungi oleh insuran berkelompok semasa latihan. Tempat-tempat dan peralatan latihan juga adalah selamat mengikut spesifikasi yang di iktiraf. Aspek disiplin jurulatih dan peserta adalah diberi keutamaan.
|
| Soalan 7 |
Adakah seseorang boleh memohon untuk memasuki PLKN secara sukarela? |
| Jawapan |
Bagi mereka yang tidak terpilih, tetapi berminat menyertai PLKN, bolehlah membuat rayuan kepada JLKN untuk dipertimbangkan.
|
| Soalan 8 |
Apakah skop latihan PLKN? |
| Jawapan |
Skop latihan PLKN mengambil masa selama tiga bulan. Terdapat 4 modul dalam PLKN iaitu modul fizikal, modul kenegaraan, modul pembinaan karakter dan modul khidmat komuniti.
Aktivity-aktiviti utama modul fizikal adalah asas kawad, tali tinggi, asas pertahanan diri dan kraft hutan.
Modul Kenegaraan membincangkan sejarah tanah air, kedaulatan dan maruah negara, Malaysia dan isu isu antarabangsa, pertahanan dan keselamatan negara serta tanggungjawab rakyat kepada negara.
Modul pembinaan karakter. Memberi tekanan kepada penerapan nilai nilai murni dan sejagat, keyakinan diri, kepimpinan dan penilaian diri sendiri.
Modul khidmat komuniti melibatkan perserta dalam aktiviti membina dan membaik pulih kemudahan awam, pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar, gotong royong dan kejiranan serta aktiviti kesukarelaan.
|
| Soalan 9 |
Adakah kemudahan pengangkutan disediakan? |
| Jawapan |
Jabatan akan menyediakan kemudahan pengangkutan dari stesen bas, keretapi dan lapangan terbang yang akan ditentukan oleh JLKN untuk ke kem latihan.
|