Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi Jabatan Latihan Khidmat Negara
maria@khidmatnegara.gov.my No Tel : 03-26873410
03-26873423
03-26873424
03-26873425
03-26813446
03-26815760
03-26812476
03-26818543
03-26819070
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PENGECUALIAN
Orang bercelaru mental di bawah Ordinan Kecelaruan Mental 1952 [ Ord. 31/1952 ], pesakit mental di bawah Ordinan Kesihatan Mental (Sarawak) 1961 [ Ord. Sarawak 16/1961 ] atau orang gila di bawah Ordinan Orang Gila (Sabah) 1951 [ Bab 74 Sabah ].
Orang yang telah diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan mengalarni kecacatan fizikal yang menyebabkan dia tidak berupaya menjalani latihan khidmat negara.
Orang yang menjalani hukuman pemenjaraan.
Orang yang menjalani tahanan di bawah mana-mana undang-undang yang pada masa ini berkuat kuasa yang berhubungan dengan tahanan pencegahan.
Orang yang menjalani rawatan dan pemulihan atau yang menjalani jagaan lanjutan di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 [ Akta 283 ].
Orang yang menjalani tahanan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [ Akta 612 ].
Orang yang telah diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan menghidapi penyakit yang boleh membawa maut.
Orang yang telah diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan menghidapi penyakit berjangkit di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [ Akta 342 ].
PENAFIAN: Jabatan Latihan Khidmat Negara tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.