Tawaran tender adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor
yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang
bekalan/perkhidmatan di bawah bidang atau sub bidang yang
berkaitan sahaja dan masih dibenarkan membuat tawaran pada
masa ini menyertai tender berikut:
|
Bil |
No. Tender |
Butir Tawaran |
Kod Bidang
Pendaftaran |
Harga Dokumen Tawaran |
Tarikh Tender Ditutup |
| 1 |
KP/JLKN/PERO/ INSURAN/T064/2008 |
PERKHIDMATAN PERLINDUNGAN
INSURAN AM DAN NYAWA BERKELOMPOK UNTUK PELATIH,
JURULATIH DAN STAF PENGURUSAN BAGI PROGRAM LATIHAN
KHIDMAT NEGARA BAGI TAHU 2009 |
221201
|
RM50.00 |
27.08.2008 |
Penender-penender yang ingin menyertai Tender Perkhidmatan
Perlindungan Insuran Am Dan Nyawa Berkelompok Untuk Pelatih,
Jurulatih dan Staf Pengurusan Bagi Program Latihan Khidmat
Negara Bagi Tahun 2009, diwajibkan hadir ke Sesi
Taklimat yang akan diadakan pada 6hb Ogos 2008 (Rabu), jam
2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Syahbandar, Tingkat
8
Menara
TH-SELBORN, 153 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur. Hanya
syarikat yang menghadiri sesi taklimat sahaja akan diberikan
satu sijil pengesahan kehadiran bagi melayakkan syarikat
berkenaan membeli satu dokumen tender tersebut. Mana-mana
agen insuran yang berminat untuk menyertai tender ini
mestilah mendapatkan pengesahan/persetujuan rasmi daripada
syarikat insuran yang berkaitan.
Dokumen Tender boleh diperolehi di Kaunter Khidmat Pelanggan,
Bahagian Perolehan, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian
Pertahanan Malaysia, d/a Aras 3A, Menara TH-SELBORN, 153 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur dengan menunjukkan
SIJIL
ASAL PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN dalam kod bidang
seperti di atas yang mana
tempoh pendaftaran masih sah dan menyerahkan satu salinan (fotostat)
sijil berkenaan semasa membeli Dokumen Tender bersama
bayaran dokumen tender
Permohonan melalui pos daripada penender
yang beralamat luar dari Kuala Lumpur dan Petaling Jaya,
hendaklah menghantar terus ke alamat Kaunter Khidmat
Pelanggan, Bahagian
Perolehan, Jabatan Latihan Khidmat Negara, Kementerian
Pertahanan Malaysia, Aras 9 Menara TH-SELBORN, 153 Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur bersama bayaran dokumen tender dan
satu salinan (fotostat) yang diakui sah oleh Pesuruhjaya
Sumpah beserta SAMPUL SURAT dan SETEM yang
beralamat sendiri.
Pembayaran hendaklah dibuat dalam bentuk
Wang Pos/Kiriman Wang (Money Order)/Bank Draf Berpalang
atas nama Ketua Akauntan, Kementerian Pertahanan.
Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri
dengan mencatatkan No. Tender dan
dimasukkan ke dalam Peti Tender yang ditetapkan dalam
dokumen tender di
Aras 3A, Menara TH-SELBORN, 153 Jalan Tun Razak, 50400
Kuala Lumpur sebelum atau pada pukul 12.00 tengah hari,
tarikh tutup tender. Sekiranya tarikh tutup
tender jatuh pada Hari Kelepasan Am maka tender akan ditutup
pada hari keesokannya jam 12.00 tengah
hari. Tawaran yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
Waktu penjualan dokumen tender melalui kaunter adalah
seperti berikut :
| Hari |
Isnin hingga Khamis |
Jumaat |
| Masa |
8.30 pagi hingga 12.30 tengah
hari |
8.30 pagi hingga 12.00 tengah
hari |
| 2.00 petang hingga 3.45 petang |
2.45 petang hingga 3.45 petang |
ke atas
|