Pautan Berkaitan...

KENYATAAN TAWARAN :  5/ 2008

Tawaran sebutharga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang bekalan/perkhidmatan di bawah bidang atau sub bidang yang berkaitan sahaja dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini menyertai tender berikut:

Bil

No. Tender Butir Tawaran Kod Bidang Pendaftaran Tarikh Tender Ditutup
1 KP/JLKN(PERO)BUKU NOTA/ SH002/2008 Sebutharga perolehan bagi perkhidmatan mencetak, membungkus dan menghantar buku nota PLKN bagi kumpulan 2 dan 3 Siri 5 / 2008

221003

03.03.2008
2 KP/JLKN(PERO)CB/SH003/2008 Sebutharga perolehan bagi perkhidmatan mencetak, membungkus dan menghantar "Bola Juggle" bagi kegunaan Modul Pembinaan Karektor Program Latihan Khidmat Negara 040200 @ 070100 03.03.2008
3 KP/JLKN(PERO)KOTAK/SH004/2008 Sebutharga perolehan bagi perkhidmatan mencetak, membungkus dan menghantar b"Storage Box" bagi kegunaan Modul Pembinaan Karektor, Modul  Kenegaraan dan Modul Khidmat Komuniti PLKN 040200 @ 020600 03.03.2008

Dokumen Sebutharga boleh diperolehi di Tingkat 9, Bahagian Perolehan, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahanan Malaysia, d/a Aras 3A, Menara TH-SELBORN, 153 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur dengan menunjukkan SIJIL ASAL PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN dalam kod bidang seperti di atas dan telah eperolehan enabled yang mana tempoh pendaftaran masih sah dan menyerahkan satu salinan (fotostat) sijil berkenaan semasa mendapatkan Dokumen Sebutharga.

Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan No. Sebutharga dan diserahkan ke Tingkat 9, Bahagian Perolehan, Jabatan Latihan Khidmat Negara, Kementerian Pertahanan Malaysia, Menara TH-SELBORN, 153 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur sebelum atau pada pukul 12.00 tengah hari, 3 Mac 2008 tarikh tutup tender. Sekiranya tarikh tutup tender jatuh pada Hari Kelepasan Am maka tender akan ditutup pada hari keesokannya jam 12.00 tengah hari. Tawaran yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Waktu pengambilan dokumen tender melalui kaunter adalah seperti berikut :

Hari Isnin hingga Khamis Jumaat
Masa 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
2.00 petang hingga 3.45 petang 2.45 petang hingga 3.45 petang

ke atas

| Utama | Latar Belakang | Bicara KP | Bahagian/Unit | Carta Organisasi | Kenyataan Akhbar | Galeri | PLKN |

JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA
KEMENTERIAN PERTAHANAN
ARAS 8-10 MENARA TH SELBORN
153 JALAN TUN RAZAK
50400 KUALA LUMPUR
DIBANGUNKAN OLEH
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT JLKN™
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2006 JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA
TEL: 03-26873400  FAKS: 03-26873434


PENAFIAN: Jabatan Latihan Khidmat Negara tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.